Kanak-kanak maut akibat 60 sengatan tebuan, bisa toksin rosakkan otot, buah pinggang

A
A
A

KANAK-kanak maut akibat 60 sengatan tebuan meruntun hati ramai. Siapa menyangka kegembiraan tiga adik beradik di padang permainan bertukar tragedi. Lebih memeranjatkan, bisa lebah rupanya boleh menyebabkan kerosakan otot dan buah pinggang.

Si kecil, Eidrish Mohd Khalil yang berusia lima tahun ketika kejadian sedang bermain dengan bermain dengan dua orang kakaknya, Nur Adelya Qaisara, 10, dan Nur Aiyris Dania, 7.

Kegirangan bermain bertukar cemas apabila Eidrish diserang tebuan yang keluar dari sarang di bawah rangka pelantar jeti terapung terbiar di kawasan padang permainan.

Baca juga: “Sekilas pandang serius tak nampak…” Renjer hutan kongsi sebab perlu guna trek tersedia, jika tidak bahaya menanti

Kredit foto: BERNAMA

Nur Adelya Qaisara dengan pantas memaklumkan kepada bapa, Mohd Khalil Omar, 40 tentang keadaan menimpa Eidrish memberikan kesempatan kepada Mohd Khalil membawa kanak-kanak itu dari lokasi kejadian.

"Sebaik mendengar jeritan Adelya, saya terus berlari ke tempat kejadian dan melihat Eidrish sudah terbaring di tanah dengan tebuan penuh satu badan.

Baca juga: Hati-hati 5 haiwan kerap muncul di kawasan rumah ketika cuaca panas, cari port lembap

Mohd Khalil turut terkena 20 sengatan ketika cuba menyelamatkan Eidrish. (Kredit foto: BERNAMA)

"Ketika saya mendukungnya naik ke rumah, dia (Eidrish) masih bernyawa, tetapi sangat lemah dan kaku tidak menjerit atau menangis,” kata Mohd Khalil kepada Bernama.

Bagaimanapun, Eidrish disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 11.20 malam tadi selepas terkena 60 sengatan di seluruh bahagian badan.

Kredit foto: BERNAMA

Manakala di dua kakak, Nur Adelya Qaisara, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ kerana terkena dua sengatan manakala Aiyris pula dirawat sebagai pesakit luar.

Baca juga: “Tengah tidur tiba-tiba menangis kuat“ - Ibu cerita detik cemas bayi 4 bulan disengat lipan jam 3.30 pagi

BOLEH ROSAKKAN OTOT, GAGALKAN FUNGSI BUAH PINGGANG

Lebah adalah sejenis serangga yang mempunyai sengatan yang kadangkala amat menyakitkan. Kecil tetapi berbisa, ia boleh membawa maut!

Lebih membahayakan, individu yang alah kepada sengatan lebah boleh maut apabila tindak balas anafilaktik serius berlaku.

MyHealth memaklumkan kanak-kanak dan warga emas merupakan kumpulan yang amat berisiko tinggi untuk mendapat tindak balas yang lebih serius terhadap sengatan lebah.

Sengatan lebah biasanya menyebabkan tindak balas setempat yang boleh dicirikan dengan kemerahan, bengkak, sakit dan gatal pada tempat sengatan.

Kesakitan biasanya akan hilang dengan cepat, tetapi bengkak boleh bertahan selama lebih satu hari.

Jangan cuba bertindak sendiri, dapatkan bantuan daripada agensi penyelamat berkaitan dan profesional untuk memusnahkan sarang serangga lebah

Bagaimanapun mangsa mungkin mengalami tindak balas sistemik atau alahan selpas sengatan lebah. Tindak balas sistemik adalah seperti berikut;

-Benjolan pada permukaan kulit dan gatal-gatal seluruh badan

-Bengkak pada mulut atau tekak atau kedua-duanya

-Pernafasan yang berbunyi atau ‘wheezing’

-Sesak nafas atau kesukaran untuk bernafas

-Loya

-Muntah

-Keresahan

-Sakit dada

Dalam kes yang teruk, kesukaran bernafas serius dan tidak sedarkan diri boleh berlaku, malah boleh membawa maut!

KOMPLIKASI SENGATAN LEBAH

Sengatan yang banyak boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti kerosakan otot atau kegagalan buah pinggang dan berakhir dengan kematian.

Sengatan tunggal di dalam mulut atau tekak pula boleh mengakibatkan pembengkakan pada saluran pernafasan di kalangan kanak-kanak. Masalah serius mungkin berlaku dalam tempoh beberapa jam pertama selepas disengat atau mungkin tertangguh selama beberapa hari kemudian.

Baca juga: Isteri digigit, suami bawa sekali ular ke hospital, ini tindakan jika terkena

7 LANGKAH RAWATAN SELEPAS DISENGAT

Sekiranya anda mendapati seseorang disengat lebah, berikan langkah bantu awal seperti berikut;

1-Langkah pertama adalah mencabut penyengat yang tertinggal di tempat sengatan. Penyengat perlu dikeluarkan secepat mungkin tanpa mengambil kira kepada kaedah yang digunakan. Kelewatan mengeluarkannya, walaupun hanya beberapa saat, boleh mengakibatkan lebih banyak racun di suntik masuk.

2-Tekapkan ais pada bahagian yang di sengat untuk mengurangkan bengkak. Setelah sisa penyengat dikeluarkan, kesakitan dan bengkak dapat dikurangkan dengan menuam dengan ketulan ais pada bahagian badan disengat.

Sengatan tebuan mengandungi toksin yang boleh menyebabkan kegagalan organ dalaman

Baca juga: Tak perlu jadi hero! Elak 3 perkara ini jika ternampak ular masuk kediaman

3-Rehat dan tinggikan anggota badan yang disengat serta dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin.

Kira-kira dua peratus individu yang disengat boleh mendapat kejutan anafilatik hasil tindak balas terhadap protein tertentu dalam racun sengatan. Ini boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan kecemasan.

4-Satu suntikan adrenalin biasanya diperlukan pada individu yang mengalami tindakbalas renjatan atau ‘shock’.

5-Imunisasi tetanus selalunya disyorkan.

6-Bahagian badan disengat mungkin akan terasa sakit selama beberapa jam. Bengkak dan kegatalan selalunya berterusan selama seminggu. Pesakit dinasihatkan untuk tidak menggarunya kerana ia hanya akan meningkatkan lagi rasa gatal dan bengkak.

7-Risiko sesak nafas adalah lebih tinggi sekiranya individu terkena lebih daripada 10 sengatan atau disengat di dalam hidung, mulut dan tekak. Keadaan tersebut adalah akibat tindak balas anafilaktik atau pembengkakan pada tempat sengatan.

Justeru, elakkan diri daripada mendekati tempat lebah dan tebuan bersarang. Jangan cuba bertindak sendiri, dapatkan bantuan daripada agensi penyelamat berkaitan dan profesional  untuk memusnahkan sarang serangga berbisa itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan agensi penyelamat lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mempunyai kepakaran terlatih dan peralatan bagi memusnahkan sarang spesies itu.

Sarang lebah dan tebuan mudah dilihat. Namun apa yang dikhuatiri ialah spesis tebuan tanah kerana mampu membuat sarang baharu di atas tanah namun di lokasi tinggi yang berada di luar kediaman dalam masa singkat.

Perlu diingatkan bahawa sengatan tebuan madu dapat menghasilkan ‘pheromones’yang boleh ‘memanggil’ tebuan lain untuk menyerang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca