Kelakar habis, hadiah yang dibawa kawan pengantin ini bikin ramai ketawa berdekah
APABILA seseorang menamatkan zaman bujang bersama kekasih pujaan hati, pasti kehadiran teman rapat antara yang ditunggu-tunggu pasangan pengantin.
Mereka yang mungkin sudah dikenali sejak zaman remaja pastinya akan membikin suasana lebih havoc.
Pelbagai ragam dapat dilihat sama ada kena pengantin kena 'prank' atau gurau senda yang mencuit hati.
Perkongsian seorang pemuda, M Fahmi di dalam akaun TikTok miliknya mengenai majlis perkahwinan sahabatnya membuatkan ramai netizen geli hati.
Mana tidaknya, hadiah yang dibawa bukan calang-calang. Boleh lengkap perkakas rumah dibuatnya.
Enam video pendek yang dikongsikan mempunyai ceritanya tersendiri.
Paling lucu, video pertama berdurasi 27 saat yang mana segerombolan pemuda membawa hadiah masing-masing tanpa segan-silu.
@mfxhmi Selamat penganti baru. #kahwin#rxzjatuh#myvi#buathalapahariini♬ original sound - ?KroNoLoC?
Paling mencuit hati, antara hadiah yang dibawa bersama seperti tudung saji, tong gas, mesin penapis air dengan nota sila sambung bayar, mop, joran dan tempat penggosok seterika.
Aduhai memang kelakar habis.
Baca juga Cinta sampai ke mati. Pengantin sanggup bergambar dalam keranda demi abadikan kisah cinta mereka
Kedatangan bukan sahaja disambut dengan senyuman si pengantin, tetapi gelak ketawa daripada keluarga dan tetamu yang datang bergema di seluruh rumah.
Tidak hanya terhenti setakat itu sahaja, acara kemuncak sesi penyerahan hadiah dilakukan di depan pelamin.
Ramai yang tertanya-tanya motif hadiah rotan yang turut dibawa sepanjang perarakan tersebut.
Tulis M Fahmi, hadiah rotan tersebut khas buat isteri pengantin.
Tulisnya: "Rotan tu untuk bininya. Lepas ni kene buat keje rumah jangan pegi mancing je ??."
Baca juga Lain macam mewah, pengantin perempuan terpaksa pakai 60kg emas di hari perkahwinan
Memang huru-hara jadinya apabila mempunyai kawan yang jenis suka mengusik.
Tidak hanya diusik dengan hadiah, rombongan pengantin pada awal majlis juga sudah terkena prank.
Lazimnya, apabila pasangan pengantin tiba di rumah, mereka akan disambut dengan minuman manis.
@mfxhmi Reply to @acap_1111 ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) - LEOPARD
Namun lain pula yang terjadi, pengantin diberi minum air garam.
Kongsi pemuda itu lagi, siap tahan pengantin dan disuruh minum air garam dahulu.
Baca juga [VIDEO]Meriah sungguh! Pengantin cari isteri dalam bunjut kain batik bikin pecah perut
"Muka pengantin sudah nak koyak tetapi dia tahu kawan-kawan semua macam syaitan."
Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut turut terhibur.
Air garam itu mempunyai makna tersendiri.
Naya member kena tahan. ???
Hadiah tudung saji lengkap dengan rotan itu untuk apa?
Baguslah beri hadiah bermanfaat kepada pengantin. Senang hidup!
Ini baru kawan sejati.
Pahala berterusan sebab kukuhkan keluarga member.
Memang meriah jika mempunyai sahabat yang jenis happy go lucky dan gila-gila.
Ramai yang bersetuju dengan hadiah yang dibawa kepada pengantin bagi memudahkan urusan selepas berkahwin.
Walaupun nampak kelakar, namun kesemua barangan tersebut memang praktikal dan diguna pakai di rumah.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Jimat sikit kos untuk memulakan hidup baru nantikan?
Apa yang penting sahabat yang sentiasa di sisi pada saat diperlukan memang susah nak dapat pada zaman sekarang ini.
Jadi, hargailah teman-teman yang berkawan dengan hati yang ikhlas dan bukannya sebaliknya. #kitajagakita #kitalaluibersama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang