Kembali bersatu! Ini wajah terkini Tan Ho Ming dan Ummi Khazriena yang viral iklan merdeka 15 tahun lalu

A
A
A

MASIHKAH anda ingat dengan iklan merdeka yang bertajuk Tan Hong Ming Dilamun Cinta sekitar tahun 2007 yang dibintangi dua kanak-kanak kecil?

Selain kecomelan dan terhibur melihat gelagat dua teraju utamanya, Tang Hong Ming dan Ummi Khazriena, iklan yang mendapat sentuhan magis Allahyarham Yasmin Ahmad itu turut membuatkan rakyat Malaysia tersentuh hati.

Biarpun video yang diarahkan Yasmin hanya berdurasi 33 saat, namun iklan tersebut meninggalkan impak yang cukup besar sehingga sekarang.

Iklan tersebut memperlihatkan keikhlasan Hong Ming dengan wajah naif, tetapi selamba berkongsi kisah cinta pertamanya dengan rakan sekelas, Ummi Khazriena.

Ternyata sikap jujur dan keakraban dua sahabat cilik tersebut begitu terserlah terutama dalam sesi temu bual tentang persahabatan mereka.

Mesej yang ingin disampaikan menerusi naskhah ringkas itu cukup mudah untuk difahami iaitu tentang keharmonian dan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ketika penggambaran, Hong Ming dan Ummi Khazriena ialah murid tahun satu di sebuah sekolah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Baca ni: "Dulu tidak fasih berbahasa melayu, selalu jadi bahan ketawa rakan-rakan."- Dr Soo Wincci kongsi nostalgia sambut merdeka

IMBAU KENANGAN

Kini, selepas 15 tahun berlalu, kedua-duanya sudah memasuki alam remaja.

Kami sendiri pernah memotretkan mereka sebagai penghias wajah muka depan SinarPlus dua tahun lalu.

Namun, gandingan mereka kali ini lebih istimewa kerana dipertemukan kembali di dalam sebuah iklan sempena sambutan Merdeka ke-65 tahun ini.

Sumber gambar: @lokalteez

 

Menerusi satu video berdurasi lapan minit yang tular baru-baru ini memperlihatkan mereka terasa kekok tatkala bersua kembali memandangkan sudah lama tidak bertemu.

Rakaman itu sebenarnya adalah teaser di sebalik tabir iklan terbaru yang dibintangi Hong Ming dan Ummi Khazriena sebagai teraju utama yang diterbitkan Lokalteez (jenama jersi lifestyle berkualiti). Karya itu diarahkan penulis hiburan dan skrip berpengalaman, SlenFadzil.

Antara inti pati lain yang dipaparkan adalah bercerita tentang perkembangan terbaharu mereka, di samping meluahkan aspirasi masing-masing terhadap maksud kemerdekaan bagi rakyat Malaysia.

Sumber gambar: @lokalteez

Hong Ming dan Ummi Khazriena juga sempat mengimbau kenangan ketika bekerja di bawah arahan pengarah tersohor, arwah Yasmin Ahmad.

Kata Ummi, arwah Yasmin berjaya menyerlahkan rasa muhibah dalam iklan yang dilakonnya dulu.

"Pada pandangan saya, itulah kualiti terbaik yang ada pada Yasmin Ahmad. Beliau seorang yang berbakat besar, malah Yasmin mampu keluarkan rasa dan jiwa dalam karyanya. Bagi Ummi, beliau adalah seorang dalam sejuta," ungkapnya.

Sumber gambar: @lokalteez

Untuk pengetahuan semua, Ummi Khazrien kini bertugas sebagai seorang eksekutif, sementara Hong Ming pula baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Sunway University, Kuala Lumpur.

Sumber: www.lokalteez.my

Baca ni: Bau busuk bongkar kes wanita tikam, kerat dan rebus mayat suami di dalam periuk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca