Lelaki biadab simbah milo ais pada jurutol, ini cerita sebenar

Lelaki biadap simbah milo ais pada jurutol, ini cerita sebenar
Lelaki biadap simbah milo ais pada jurutol, ini cerita sebenar
A
A
A

BIADAB! Walau apa pun alasan oleh lelaki itu, sangat tidak wajar untuk bertindak menyimbah air pada jurutol berkenaan.

Gadis yang dikenali sebagai Faten itu hanya menjalankan tugas sebaiknya.

Mengimbau semula detik dirinya disimbah milo ais, Faten menceritakan apa sebenarnya yang terjadi.

"Ceritanya macam ni. Pukul 7.30 pagi, dia masuk lorong Faten nak nak minta top up. Faten beritau di sini Touch n Go sahaja, takde top up. Top up lorong sebelah.

"Tetapi dia nak juga top up dan dia kata, sebelum masuk tol dia dah baca singboard'," ceritanya.

Faten turut memberi pilihan untuk lelaki itu membayar RM2.

"Faten suruh dia bayar RM2 sahaja tetapi dia masih berkeras nak juga top up sebab dia kata nak lalu depan ada tol lagi dan tiada tempat top up.

"So Faten cakap, kalau encik nak, encik kena parking kereta kat sini, jalan pergi lorong tambah nilai. Dia tidak puas hati, dia keluar kereta tengok keadaan dalam pondok dan berkata, biasa lorong tambah nilai belah hujung.

"Dia dah top up semua dan jalan, ingatkan dah settle, rupanya pukul 9.20 pagi dia lalu sekali lagi dengan membawa air milo ais. Dia minum sambil bercakap, lain kali jangan suka-suka nak kenakan orang, terus dia simbah," cerita Faten di Insta Story miliknya.

Artikel berkenaan: Wartawan pulang dari PRN Sabah positif Covid-19, ramai lagi senasib rupanya

Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tol berkenaan, lelaki yang menaiki kereta Perodua Bezza kemudian beredar tinggalkan mangsa.

Video rakaman itu kini viral di media sosial dan mengundang banyak reaksi netizen mengecam lelaki biadap itu.

Kata mereka, simbah jurutol tu memang kurang ajar.

Ada mental illness kot mamat ni... gigih mai sekali lagi semata-mata nak jirus milo ais...

Mentang-mentang tol gate girl tu lawa... berani la dia tunjuk samseng.

Sepanjang hidup guna highway, tak pernah top up dekat mana-mana plaza tol. Top up je kat stesen minyak.

 

View this post on Instagram

 

Gangster betul orang melayu ni? #viralpost #kiniviral #kongsiviral

A post shared by @ ften.syfqah on

Sehubungan itu, menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan susulan laporan yang dibuat mangsa kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Tangkapan suspek ini susulan laporan polis yang dibuat mangsa pada jam 4.25 petang semalam. Siasatan mendapati kejadian pada jam 7 pagi itu berlaku ketika mangsa yang bertugas di Plaza Tol KESAS dari Puchong menghala ke USJ didatangi suspek yang memandu Perodua Bezza masuk ke lorong tol dan mahu membuat tambah nilai," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca