Mahkamah bertukar sayu, Lans Koperal tembak maut isteri hamil rayu ziarah kubur sebelum ke hospital psikiatri

A
A
A

TEMBAK maut isteri dalam  insiden yang tragis, lelaki yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal menjadi perhatian seluruh negara baru-baru ini.

Setiap lelaki bergelar suami pasti akan menyayangi suri hati apatah lagi ketika sedang hamil. Namun bagi lelaki ini, takdir sudah tertulis wanita yang dikasihi maut di tangannya sendiri.

Baca juga: Tragis! Wanita maut di tangan suami ditembak lebih 5 das, 10 info kejadian

Kredit foto: Astro Awani

Tentu bukan mudah untuk menerima kenyataan insan tersayang tiada lagi di dunia, pemergian bersama malaikat kecil di dalam kandungan menambahkan rasa hiba.

Lelaki berusia 27 tahun yang berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu menimbulkan suasana sayu di mahkamah selepas meminta untuk menziarahi kubur si isteri, Safsufarnisya Salleh, 26.

Baca juga: Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok

Kredit foto: Astro Awani

Ia disuarakan suspek semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar. Pilu dan sedih,  dia dilihat beberapa kali mengesat air mata dan mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.

Bagaimanapun hasrat untuk mengunjungi pusara tidak kesampaian apabila permintaannya tidak dibenarkan oleh Majistret.

Berikut SinarPlus kongsikan perkembangan terkini kes ini:

1-Mangsa, Safsufarnisya Salleh,26, maut selepas ditembak sebanyak lima das menggunakan pistol Walter P99 dari jarak dekat dan terkena bahagian bawah mata kiri.

2-Insiden berlaku di bilik tidur utama rumah keluarga mereka di Kampung Bendang Baru, Simpang Empati, sekitar jam 6.45 hingga 8.50 pagi itu difahamkam berlaku tanpa sebarang pergaduhan mahupun pertikaman lidah antara kdua-duanya sebelum kejadian.

3-Safsufarnisya dikatakan yang sedang hamil lima bulan anak sulung selepas perkahwinan mereka memasuki tahun kedua.

Baca juga: Tergamaknya! Tolak isteri hamil 7 bulan tepi tebing untuk kaut duit insurans, lelaki dipenjara 30 tahun

Kredit foto: Sinar Harian

4-Suspek didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan, tiada pengakuan direkodkan semasa pertuduhan dibacakan. Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail memohon mahkamah untuk mempertimbangkan supaya lelaki berkenaan dihantar ke hospital psikiatri untuk penilaian mental selama sebulan.

5-Mahkamah kemudian membenarkan permohonan Mohd Nordin dan menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penilaian psikiatri.

6-Terdahulu, lelaki berasal dari Setiu, Terengganu itu didakwa mengalami kemurungan sejak beberapa tahun lalu.

Baca juga: Kenali tanda 5 jenis kemurungan wanita, bukan efek emosi saja, fizikal turut terjejas

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca