'Manjanya, jaga penuh kasih sayang.' Anak menangis enggan pulang, rapat dengan pengasuh India raih pujian ramai
GELAGAT seorang bayi yang enggan mengikut ibu kandung pulang ke rumah, sebaliknya mendakap erat pengasuhnya berbangsa India meraih perhatian ramai.
Perlakuan Adelia, si kecil yang kini berumur tujuh bulan itu juga dilihat memalingkan wajahnya ke arah lain apabila dipanggil ibunya membuatkan ramai terhibur.
Menurut Syahirah Khalid, cahaya mata beliau dijaga dengan baik sejak empat bulan lalu oleh wanita yang mesra dengan panggilan Patti. Mereka juga tinggal berjiran.
Lebih menarik lagi, perkataan pertama yang disebut Adelia adalah emak, yakni panggilan buat Patti. Pun demikian, perkataan ibu dan ayah tidak disebut pun oleh si kecil itu.
Baca ni Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun
BERLAINAN BANGSA
Naluri keibuan dan sikap prihatin Patti dalam menjaga Adelia dengan baik, membuatkan Adelia menjadi rapat dengannya.
Biarpun berlainan bangsa, namun kasih sayangnya dilihat tidak berbelah bahagi. Jarang-jarang kita dapat melihat situasi sedemikian kan.
Bahkan, si ibu juga tidak akan susah hati semasa bekerja. Sementelah beliau tahu, si anak dilayan dengan baik ketika dalam jagaan pengasuh.
Syahirah atau mesra disapa Ara juga memberitahu, selain Adelia, beliau mempunyai tiga lagi anak yang kini tinggal bersama suaminya di Manjung, Perak. Ketiga-tiga mereka kini dijaga oleh ibu mertuanya.
Melihatkan situasi tersebut, warga maya menerusi ruangan komen memuji dan melahirkan rasa kagum dengan hubungan yang terjalin antara Patti dan Adelia.
Puji mereka, Adelia beruntung kerana mendapat pengasuh yang cukup baik.
Memetik kenyataan warga maya yang dimuat naik menerusi TikTok @araa_vaniella:
"Baby tidak kenal warna kulit, agama dan bangsa. Mereka hanya hamba pada kasih sayang."
"Untunglah kalau ada jiran seperti Patti. Happy Deepavali Patti dan semua rakan-rakan berbangsa India."
"Dapat pengasuh yang baik pun adalah rezeki."
"Maknanya, memang bayi itu sangat sayang pada nenek itu, pandai jaga dengan betul dan penuh kasih sayang."
Baca lagi Penampilan sulung karya anak dalam koleksi fesyen terbaru, Melinda Looi luah rasa bangga dan terharu
Sumber: TikTok @araa_vaniella:
Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang