PEREKA fesyen terkenal, Melinda Looi tampil dengan koleksi terbaharu Melinda Looi Couture 2023: Through Our Eyes baru-baru ini.

Menariknya, koleksi itu adalah garapan dan sentuhan istimewa yang diilhamkan oleh Maya Luebbert yang juga anak perempuan beliau sendiri.

Sebak dan terharu tatkala berkongsi luahan bersama pihak media baru-baru ini, Melinda sendiri tidak menyangka akan bekerjasama dengan permata hati beliau dalam menghasilkan koleksi terbaru itu.

“Secara peribadinya, koleksi kali ini sangat bermakna dan cukup sentimental buat saya. Manakan tidak, koleksi baju saya kali ini adalah hasil karya anak saya, Maya yang juga merupakan pelukis karya,” katanya sambil menambah, selain anak beliau, ahli keluarga lain turut terlibat secara langsung dalam penyediaan koleksi tersebut.

Baca ni Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Kata Melinda lagi, fesyen bukan sahaja tentang pereka. Ia merangkumi setiap individu atau orang yang membantu membawa visi pereka, termasuklah penenun, tukang jahit, peminat, keluarga dan anak-anak.

“Inilah pertama kali kami bekerjasama dalam menghasilkan koleksi terbaharu. Projek kali ini memperlihatkan gabungan anak dan ibu yang memainkan peranan mencipta sesuatu yang benar-benar menakjubkan.

“Saya juga sangat menghormati dan berterima kasih kepada mereka yang telah menyumbang kepada kejayaan saya sebagai pereka. Saya tidak akan mampu peroleh pencapaian seperti sekarang tanpa sokongan mereka selama ini,” ujar personaliti itu lagi.

Keluarga antara sumber kekuatan buat Melinda Looi.

SENTUHAN TRADISI KLASIK DAN KONTEMPORARI MALAYSIA

Berkongsi lanjut mengenai koleksi yang dipersembahkan secara eksklusif itu, Melinda menampilkan gabungan elemen kraf tradisi masyarakat Sarawak.

“Himpunan ini juga menampilkan sentuhan tradisi klasik dan kotemporari Malaysia. Sebagai contohnya, anyaman rotan tradisional, tenun batik dan songket pada busana yang digabungkan dengan teknologi.

Iklan
Sumber gambar Aiman Yazid

“Setiap satu koleksi ini, adalah hasil garapan idea daripada buku lakaran Maya,” ujar Melinda lagi menampilkan lebih 30 busana koleksi Melinda Looi Couture 2023 menerusi pertunjukan fesyen tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kerjasama dengan Malaysia Aviation Group menerusi cebisan pakaian hasil kitar semula.

Bukan itu sahaja, terdapat enam hasil kerjasama pakaian eksklusif dengan Barbie dipersembahkan dalam saiz sebenar menerusi model yang memperagakan busana tersebut.

Iklan

Turut tersedia dalam koleksi berkenaan juga adalah miniatur khas yang disediakan Kolej Universiti KDU UOW Malaysia atas beberapa helaian busana.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami  DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi