Moyang 171 cicit lengkap 2 dos vaksin Covid-19, mahu jadi contoh anak, cucu
BILA sebut pasal vaksin, pelbagai mitos mengenainya yang kita dengar dan baca.
Apapun, yang pastinya pengambilan vaksin bukan hanya mengurangkan gejala serius dan kes kematian
membabitkan jangkitan Covid-19, tetapi bukti terbaharu juga menunjukkan ia dapat mengurangkan risiko
penularan virus berjangkit itu kepada orang lain.
Menyedari kebaikan mendapatkan vaksin bagi kesihatan diri, orang ramai kini tidak sabar menanti giliran untuk mendapatkannya.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi hantaran Twitter, sehingga 29 Jun lalu,
seramai 7,824,912 dos sudah divaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Bagi mencapai tahap imuniti, 70 ke 80 peratus rakyat di negara ini perlu mendapatkan vaksin bagi
mengawal jangkitan (tempoh keberkesanan masih dikaji).
Tidak terkecuali untuk mendapat manfaat vaksin Covid-19, seorang moyang kepada 171 cicit, Hairan Briya yang berusia 102 tahun.
Beliau bukan sahaja menjadi individu tertua di daerah Lahad Datu, Sabah lengkap menerima dua dos
suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Lahad Datu namun turut menjadi contoh kepada
303 ahli keluarganya yang lain untuk menerima vaksin.
Hairan yang juga ibu kepada 10 orang anak dan nenek kepada 84 cucu itu dilihat bersemangat ketika
menghadiri janji temu untuk suntikan vaksin dos kedua sambil diiringi anak.
Menurut anaknya, Salim Etong, 77 tahun, ibunya tidak berasa takut untuk menerima vaksin malahbersemangat menjadi penerima vaksin.
Katanya, ibunya mahu menjadi contoh kepada anak-anak, cucu-cucu dan ahli keluarga yang lain untuk tidak
menolak vaksin serta tidak takut menerimanya.
"Dia tidak tolak vaksin dan dia kata kalau dia telah disuntik, anak cucu tidak perlu takut," katanya.
Sementara itu, Pengarah Hospital Lahad Datu, Dr Ridwan Hashim berkata kehadiran warga emas berusia 102
tahun ini sudah pasti menyuntik semangat kepada orang lain untuk menerima vaksin.
Katanya, semua individu terutamanya golongan warga emas perlu mencontohi Hairan dan mendapatkan vaksin
Covid-19.
Baca juga Sedihnya! Bapa menangis tak mampu beri pendidikan terbaik buat 5 anak
Dr Ridwan turut menyeru orang ramai terutamanya golongan warga emas tampil ke hadapan dan menerima vaksin di PPV yang disediakan.
Justeru, bagi yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin, ayuh kita mulakan langkah bagi membantu
negara mencapai tahap imuniti bagi membendung penularan Covid-19 ini.
Sama-sama #kitajagakita. Terus amalkan SOP yang ditetapkan. Kita hadapi bersama.
Sumber: Awani
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang