Sedihnya! Bapa menangis tak mampu beri pendidikan terbaik buat 5 anak

No Image Caption
A
A
A

SEJAK Covid-19 kembali ‘menggila’, kebanyakan daripada kita terpaksa bekerja dari rumah (BDR). Suka

atau tidak, suasana normal baharu itu tetap perlu dilakukan.

Langkah tersebut bagi mengurangkan risiko, sekali gus memutuskan rantaian penularan wabak yang boleh

membawa maut.

Begitu juga dengan para pelajar yang perlu berhadapan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Lazimnya sesi PdPR sepatutnya disertai murid dengan sokongan ibu dan bapa namun bukan semua keluarga

mampu berbuat demikian berikutan pelbagai kekangan dihadapi.

Ramai ibu bapa berkongsi luahan mereka yang menghadapi pelbagai masalah dan dugaan dalam menguruskan

PdPR anak-anak.

Seperti apa yang terjadi kepada seorang bapa ini yang tidak mampu menyempurnakan pelajaran lima anaknya atas desakan hidup.

Menerusi perkongsiannya di stesen radio Suria.fm baru-baru ini, lelaki dikenali Hamdan itu menangis

teresak-esak kerana akui dirinya tidak mampu beri pendidikan terbaik buat anak-anak.

"Saya memang tak berkemampuan. Anak saya lima orang. Saya sedih sebab anak saya ketinggalan.

"Saya bukan orang senang, saya orang susah. Jadi keperluan untuk alam maya ni kurang dan saya kerja

biasa-biasa. Bukan kerja bagus, gaji mahal macam orang lain.

"Betullah apa orang (pemanggil) cakap yang pagi tadi tu, lain padang lain belalang.

"Semua satu Malaysia tak sama. Ada yang berkemapuan, ada yang tak berkemampuan," ujarnya.

Apa yang lebih menyentuh hati, bapa itu turut meluahkan betapa dirinya sedih dan terkilan kerana tidak

mampu membantu anak-anaknya.

"Mereka nak belajar, saya nak tolong ajar, tak pandai. Saya tak boleh paksa diaorang.

"Kita suruh mereka belajar, tapi bila mereka tanya balik (hal pelajaran), kita tak dapat jawab.

"Saya tak ada tempat nak bercerita. Saya harap orang atasan ni akan pandanglah golongan memerlukan.

"Saya pagi-pagi dah tak ada dekat rumah, keluar cari rezeki tapi anak tak sekolah. Saya sedih, saya tak

boleh nak cakap apa lagi.

"Saya tak ada tempat nak bercerita. Saya harap orang atasan ni akan pandanglah golongan B40," katanya

sambil menangis dalam perbualan menerusi Segmen Team Pagi Suria yang dikendalikan deejay Issey

Fazlisham dan Ajak Shiro.

RAGAM PdPR

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak dan sedih mendengar pengakuan bapa tersebut.

Mereka turut bersimpati atas apa yang terjadi di samping ada antaranya yang menawarkan bantuan untuk

mengajar secara sukarela kepada anak-anak bapa berkenaan.

"Tolong bagi contact no pak cik ni. Saya tak dapat bantu dari segi kewangan. InshaAllah saya boleh

bantu anak-anak pak cik ni belajar."

"Semoga Covid-19 ini pergi dengan cepat, anak-anak boleh kembali ke sekolah."

"Moga pak cik dan anak-anak tabah. Kita buat dan usaha semampu kita ya!"

Baca juga [VIDEO] “Ibu pergi mana”- Anak kecil menangis, 2 bulan terkandas tak jumpa ibu kerana PJJ

"Sedih dengar ni tadi. Allahuuu. Cabaran PdPR. Mak ayah turut terkesan."

"Memang sangat sukar, saya anak 4 ada baby baru lahir. Anak asyik tertinggal PdPR sebab masalah fon

rosak beteri tak tahan untuk video call. Tak dapat ajar dengan kefahaman kita sebab pembelajaran dah

berbeza."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca