Mudanya opah! Wanita timang cucu pada usia 35 tahun curi perhatian ramai
MUDANYA opah! Itu perkataan yang akan keluar apabila melihat seorang wanita mendukung bayi yang dikatakan cucunya.
Anak-anak merupakan anugerah dari tuhan yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri.
Ia adalah amanah serta tanggungjawab kepada setiap ibu bapa untuk memberi perlindungan, pendidikan dan kasih-sayang.
Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak memang luar biasa, malah lebih istimewa jika si anak pula 'menghadiahkan' mereka cucu.
Begitu yang terjadi kepada seorang wanita ini yang teruja bergelar opah pada usia masih muda iaitu berumur 35 tahun.
Menerusi sebuah video tular di TikTok, dilihat seorang wanita muda mendukung seorang bayi dengan kapsyen "alhamdulillah, jadi opah".
Baca juga Ibu jangan lupa didik anak lelaki buat kerja rumah, lepas kahwin tak jadikan isteri seperti hamba
Melihat raut wajahnya yang sangat muda, ramai yang seakan tidak percaya dan menanggap cucu yang dimaksudkan adalah anak kepada saudara mara yang berpangkat lebih muda.
Tampil mengulas perkara tersebut kepada sebuah portal tempatan, nenek muda tersebut, Nur Fadilah Che Ahamad yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan mengakui bahawa bayi perempuan yang dipegang itu adalah cucunya sendiri.
Bercerita mengenainya, dia yang mesra disapa Dila berkata keadaan ini berlaku selepas anaknya, Nurin Idrina Muhd Muhizan berkahwin ketika usia 15 tahun pada tahun 2020.
Ujarnya, mereka tidak menyangka yang anaknya itu hamil. Memandangkan Nurin sudah lama berkahwin, jadi dia sekeluarga menerima dengan hati terbuka.
Baca juga Ada sebab mengapa anak-anak tak dengar cakap ibu dan bapa. Ketahui punca-puncanya
Malah, opah muda itu turut menganggap cucunya itu seperti anak sendiri bahkan teruja membeli barang keperluan bayi buat cucu sulungnya itu.
Menurutnya yang mempunyai lima anak, Nurin sendiri tidak kekok untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu walaupun baru berusia 17 tahun.
Katanya, mungkin sebab dia anak sulung dan pernah menjaga adik-adiknya sebelum ini. Pada masa ini, Nurin berpantang di rumahnya dan dijaga sebaiknya.
Berkongsinya lanjut, oleh kerana beberapa faktor ketika itu, anaknya itu diizinkan berkahwin pada usia 15 tahun dan kini umurnya 17 tahun.
Video yang dikongsikan di laman TikTok miliknya @haridaycosmetic mencuri perhatian ramai. Ada yang mengatakan itu adalah rezeki jika anak berkahwin awal usia.
Ujar mereka;
"Wah untungnya muda-muda pun dah ada cucu. Saya umur 35 tahun belum berkahwin."
"Wei... aku umur 38 tahun anak-anak kecil lagi. Dia 35 tahun dah ada cucu."
"Aku pon nak anak aku kahwin awal, merasa ada cucu pulak, tak yah nak kena beranak lagi kalo nak pegang baby."
"Alhamdulillah... tahniah Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik."
"Cucu dia sendiri ke? Mesti dia kahwin muda dan anak dia pun kahwin muda... Rezeki jadi opah vogue."
Sementara itu, buat korang yang belum ada cucu, bolehlah amalkan petua awet muda untuk ini untuk kelihatan cantik dan menawan;
1. Air dan tidur jangan dipisahkan!
Jangan pernah sesekali abaikan waktu tidur dan pengambilan air putih. Mungkin perkara ini kedengaran klise, tetapi dua-duanya itu memainkan peranan penting pada kulit wajah. Sekiranya anda tidak percaya, boleh amalkan meminum air putih dan lihatlah perubatan pada kulit muka.
2. Makan sayur
Rajin mencuci muka dengan menggunakan produk yang terbaik tidak menjamin untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna semata-mata. Pemakanan juga banyak memainkan peranan dalam soal kulit wajah. Amalan diet seimbang dengan cara pengambilan sayur-sayuran dan kurangkan memakan produk tenusu serta makanan manis.
3. Jangan stres
Gangguan tekanan tidak mengira melibatkan soal kerja ataupun kehidupan harian sememangnya lumrah manusia. Mustahil untuk seseorang itu tidak berasa stres. Namun, terdapat pelbagai kaedah boleh diamalkan untuk mengurangkan stres. Kaedah urutan sering diamalkan bagi menghilangkan tekanan.
4. Topeng wajah asli
Kehebatan kandungan bahan asli semula jadi boleh dikatakan sebagai salah satu produk ‘sihir’ dalam usaha mencantikkan kulit wajah. Menjadikannya sebagai runtin harian, bahan seperti yogurt, bijirin oat dan kunyit dicampurkan untuk dijadikan sebagai topeng muka.
Difahamkan, yogurt dan oat dapat membantu kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, mencerahkan dan mengekalkan keanjalan.
5. Guna produk mengikut kesesuaian
Setiap individu itu memiliki jenis kulit yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, kenal pasti keadaan kulit wajah dan gunakan produk mengikut jenis kulit dan waktu yang perlu digunakan. Hal ini termasuk peningkatan usia dan lokasi serta keadaan cuaca semasa.
Penjagaan wajah perlu mengikut keperluan kulit. Oleh itu, pastikan penggunaan produk yang betul dan jangan lokek untuk berbelanja bagi mendapatkan hasil kulit wajah jelita dan memuaskan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang