DIDIKAN ibu bapa dari rumah menjadi membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak sehingga dewasa. Malah tidak keterlaluan jika ia dikatakan mempengaruhi sehingga mereka bergelar suami atau isteri dalam rumahtangga.

Bak perumpamaan Melayu, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Anak yang diajar melakukan kerja-kerja rumah sejak kecil mudah menyesuaikan diri termasuk anak lelaki.

Perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini wajar dijadikan ikutan ibu bapa yang lain.

Baca juga: 5 tanda anak-anak punyai pemikiran tanpa batasan. Jangan marah jika senduk, periuk jadi bahan experimentasi mereka

 

“Anak lelaki perlu diajar buat kerja rumah. Nampak kerja rumah ini biasa-biasa sahaja, tetapi dengan melakukannya anak akan lebih berdikari.

“Anak makin hormat kepada ibunya selepas dia tahu betapa susah dan penatnya membuat kerja rumah,” titipnya.

Baca juga: 5 perkara anak lelaki boleh belajar daripada bapa sebelum usia remaja

Mohd Fhais Salim, Pengasas Khusyuk Parenting

Malah katanya, melakukan kerja rumah adalah cara yang paling praktikal untuk melatih anak menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab selain membantu menguruskan diri.

Baca juga: Game Roblox didakwa unsur lucah cetus debat orang ramai

“Selalu membuat kerja rumah juga mengasah kemahiran untuk mengurus dan merancang anak kita. Makin pandailah mereka menguruskan diri mereka nanti.

“Bukan itu sahaja, anak lelaki yang terbiasa melakukan kerja rumah akan lebih cepat matang berbanding yang tidak biasa buat kerja rumah,” kongsinya.

Mohd Fhais yang merupakan pengasas Khusyuk Parenting menegaskan ibu bapa  membiarkan anak mereka melakukan kerja rumah sebenarnya mendidik, bukan mendera.

“Anak lelaki yang diasuh sejak kecil melakukan kerja-kerja rumah tidak akan menjadikan isteri sebagai hamba selepas mendirikan rumah tangga,” tambahnya.

Lelaki yang terbiasa melakukan kerja-kerja rumah tidak betah membiarkan isteri menguruskan rumah tangga seorang diri.

Baca juga: Didik anak sentuhan selamat, elak gangguan seksual kanak-kanak

Penulis buku ‘Raising Good Kids in Tough Times’ dan pensyarah psikologi Universiti Maryland, Prof Roger W McIntire melalui WebMD mencadangkan beberapa hal berkaitan pengurusan kediaman yang boleh diasuh kepada kanak-kanak mengikut usia.

Bagaimanapun, ibu bapa tidak seharusnya menyasarkan kesempurnaan pada peringkat permulaan. McIntire memgingatkan agar ibu bapa jangan kedekut untuk memuji anak-anak yang cuba melakukan tugasan yang diberi.

2 hingga 3 tahun
-meletakkan alat permainan ke dalam bakul.
-meletakkan pakaian kotor ke dalam bakul.
-mengelap permukaan yang dibasahi air yang tertumpah.
-menyusun buku atau majalah secara bertindan.

4 hingga 5 tahun
-mengemas katil sendiri.
-mengemas meja sendiri selepas makan.
-mencabut rumput liar di kebun.
-menggunakan penyedut hampagas untuk membersih tumpahan biskut.
-menyiram pokok.
-meletakkan pinggan mangkuk ke dalam sinki.
-menuangkan bijirin ke dalam mangkuk.

Iklan

 

6 hingga 7 tahun
-mengasingkan pakaian yang sudah dikeringkan.
-menyapu lantai.
-membantu ibu bapa menyediakan bekal ke sekolah.
-menyapu laman.
-memastikan bilik tidur kemas.

Baca juga: 16 anak semuanya masuk universiti. Ini rupanya 5 didikan bapa mereka

8 hingga 9 tahun
-membantu anda menyusun barangan yang dibawa pulang dari pasar raya.
-memvakum lantai.
-membantu ibu atau bapa memasak.
-memasukkan pakaian sendiri ke dalam mesin basuh.
-mengupas sayur-sayuran.
-memasak sajian ringkas seperti roti bakar.
-mengemop lantai.

10 tahun dan ke atas
-membasuh pinggan mangkuk.
-melipat pakaian.
-mencuci bilik air.
-membasuh kereta.
-memasak menu ringkas dengan pemerhatian individu dewasa.
-menggosok pakaian.
-menjaga adik yang masih kecil (dengan pemerhatian individu dewasa).
-membersihkan dapur.
-menukar cadar.

Namun, ibu bapa perlu menunjukkan contoh atau langkah demi langkah kepada anak terlebih dahulu sebelum mengarahkan mereka melakukan sesuatu tugas.

Iklan

Jangan lupa, disiplin memerlukan deadline. Berikan mereka had waktu tertentu agar tugasan tidak diambil lewa dan dilakukan pada tepat masanya.

Baca juga: Rupanya ini petua berkesan didik anak menjadi bijak, kreatif dan berakhlak baik

Baca juga: Didik anak-anak melalui teladan, ibu bapa kena tunjuk contoh yang baik kepada anak-anak…

Sumber: Mohd Fhais Salim, WebMD

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan