Pukul pengawal tak benar mandi kolam, suspek berhadapan klasifikasi kes bunuh, boleh digantung sampai mati

A
A
A

BARU-baru ini tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup seorang pengawal keselamatan diserang seorang lelaki di sebuah kondominium.

Kejadian difahamkan berlaku pada 29 Disember tahun lalu dengan suspek telah didakwa di mahkamah pada 6 Januari lalu.

Hanya kerana dihalang menggunakan kolam renang yang tidak dibuka kepada orang ramai, pengawal keselamatan tersebut diserang dengan ganas oleh suspek yang tidak berpuas hati dengan peraturan berkenaan.

Walaupun lapan berlalu, video berdurasi seminit itu bagaimanapun kembali meraih perhatian ramai susulan kematian mangsa pada Jumaat lalu. Beliau menghembuskan nafas terakhir di rumahnya.

Laporan bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun mengesahkan mangsa mati akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru.

Susulan itu, polis mengklasifikasikan semula kes berkenaan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah merujuk semula kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan terhadap suspek.

Menurut beliau, polis mengkelaskan semula kes tersebut untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh pada hari sama kematian mangsa yang membawa hukuman gantung sampai mati jika bersalah.

Baca juga [VIDEO] Borak Bibir Merah Siri 24: Syawal Tanpa Adik Amir: Mangsa Bunuh Keluarga Sendiri?

Perkongsian anak saudara mangsa dikenali Nelson Raj di Facebook meraih perhatian ramai. Beliau berkongsi beberapa foto bapa saudaranya yang sedang dirawat.

“Inilah keadaan bapa saudara saya selepas kejadian pada 29/12/2020 (Selasa) di Menara Majestic Condominium Ipoh.

“Gambar-gambar itu dapat menggambarkan keadaan bapa saudara kesayangan saya dan kerana komplikasi selepas lapan bulan dan dia meninggal dunia pagi semalam di rumahnya,” tulis beliau.

 

Sehubungan itu, Nelson berharap kematian bapa saudaranya akan terbela.

Semoga kes seumpama ini menjadi pengajaran buat masyarakat agar cuba mengawal kemarahan sebaik-baiknya.

Kemarahan yang tidak terkawal dan cepat meradang boleh membawa impak negatif seperti berlakunya penderaan fizikal atau keganasan.

Sumber: Facebook Nelson Raj, Polis Perak, Twitter ">@rudyakhbar_

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca