MASIH ingat lagi tragedi malang menimpa Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek atau adik Amir Januari lepas?

Adik Amir ditemui mati lemas di dalam tong air dalam rumah di Taman Krubong Jaya, Melaka dan paling menyayat hati apabila ibu kandung sendiri serta bapa tiri mangsa didakwa melakukan jenayah tersebut.

SYAWAL TANPA ADIK AMIR; MANGSA BUNUH KELUARGA SENDIRI?: BORAK BIBIR MERAH SIRI 24 secara eksklusif bersama keluarga angkat kepada arwah Adik Amir.

Kehadiran adik Amir ke dalam hidup keluarga ini tidak pernah dijangka. Sejak usia dua bulan anak ini dididik dengan sebaiknya dan ditatang bagai minyak yang penuh. Menjadi adik yang manja dan menurut kata, dia disayangi tanpa batasan oleh kakak dan abang angkatnya.

Namun semua itu tidak lama apabila adik Amir dituntut kembali oleh ibu kandung serta bapa tiri.

Bersama kita selami kesedihan yang terpaksa ditempuh keluarga ini bila dikhabarkan tentang pemergian adik Amir. Juga bagaimana Syawal tahun ini dirai suram tanpa kelibat arwah.

Tonton video penuh di bawah: