Remaja huffaz al-Quran hilang 96 jam minum air parit, ditemui selepas azan, ini kronologinya

A
A
A

HILANG selama 96 jam, remaja bernama Muhammad Naufal Adzimi menjadi perhatian seluruh negara.

Pelajar terbaik sebuah maahad tahfiz, Naufal yang bergelar huffaz telah berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 14 tahun.

Baru-baru ini, kehilangannya di Kampung Tanjong Sejarah, Hampung Tawai, Gerik selama tiga hari menimbulkan persoalan dalam kalangan ahli keluarga sekali gus dan petugas pemyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Sementelah dakwaannya hanya terdengar suara orang memanggil namun tidak nampak sesiapapun.

Apatah lagi lokasi dia dijumpai juga didapati telah dilakukan operasi SAR sebelum itu.

Berikut adalah kronologi kejadian yang berlaku di Gerik, Perak ini:

1-Pada 20 Jun 2023 iaitu Selasa malam iaitu malam sebelum kehilangannya, Naufal sempat menjadi imam di surau kawasan rumahnya.

2-Sejak dari petang itu juga, remaja itu dikatakan berkelakuan agak pelik seperti ketawa sendirian dan mencabut kedua-dua cermin sisi motosikalnya, tanpa sebarang tujuan.

3-Bagaimanapun pada tengah malam itu, Naufal yang gelisah untuk keluar rumah. Kira-kira 20 minit selepas itu beliau telah pulang. Jiran kampung telah melihat Naufal memecut motosikal dengan laju keluar dari rumah kira-kira 2 pagi.

Baca juga: Rasa seperti tertidur satu jam, berikut kronologi kejadian remaja hilang 30 jam di Gua Musang

4-Bapanya, Mohd Harris Muhamed, 46, berkata beberapa hari sebelum kehilangan Naufal, guru Maahad tempat anaknya belajar ada menghubunginya dan mengesyorkan Naufal untuk dibawa pulang dari asrama setelah berkelakuan pelik.

5-Naufal yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dikatakan mungkin tertekan melihat seniornya berjaya dalam SPM 2022. Susulan itu pihak maahad mencadangkan remaja itu  dibawa pulang ke rumah.

6-Naufal didakwa keluar dari rumah awal pagi untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Jamek Grik sebelum hilang.

7-Keluarganya membuat laporan polis apabila anak mereka itu tidak pulang ke rumah sehingga pagi.

8-Operasi SAR dilancarkan melibatkan kekuatan 115 anggota termasuk antaranya polis, unit K9 bomba, Agensi Pertahanan Awam dan orang awam.

9-Usaha mereka hanya berhasil menemukan motosikal yang ditinggalkan mangsa dalam kawasan kebun getah sekitar pukul 6 petang.

10-Pasukan SAR pada 10.49 pagi, 24 Jun berjaya menjumpai Naufal kira-kira dua kilometer dari lokasi motosikalnya ditinggalkan.

11-Difahamkan gerak kerja SAR pasukan yang dibahagikan kepada lapan kumpulan itu dimulakan dengan laungan azan oleh Pegawai Operasi PKpgB, Hasna Rashid.

Baca juga: Ini amalan doa masuk hutan, wanita suka hiking, berkhemah, berkelah wajib tahu

Ibu Naufal turut serta dalam operasi SAR.

12-Lokasi kedudukan remaja itu iaitu ditemui kawasan kebun getah telah pun dibuat pencarian sebelum itu. Mungkin situasi remaja itu yang bergerak menyebabkan dia tidak ditemukan sebelum ini.

13-Remaja huffaz al-Quran itu ditemui dalam keadaan lemah.

14-Menuruf cerita Naufal yang dikongsikan semula bapanya, anaknya itu mendengar namanya dipanggil namun tidak nampak sesiapa.

15-Anak kedua daripada lima adik-beradik itu juga tidak makan dan hanya meminum air parit yang terdapat di kawasan kebun berkenaan.

16-Naufal juga didapati mengalami calar pada bahagian muka dan badan telah menerima rawatan di Hospital Gerik.

Baca juga: Di mana Jude Angel? Bayi 18 bulan hilang di Beaufort, Sabah belum ditemui

PROSEDUR MELAPORKAN ORANG HILANG

Panik dan takut tentu dirasai, apatah lagi apabila orang yang tersayang secara tiba-tiba tidak dapat dikesan atau ditemui.

Ramai yang membuat hebahan menerusi laman sosial sebagai usaha mencari ahli keluarga yang hilang.

Apa juga usaha yang dilakukan, ia perlu dilaksana dengan berhati-hati bagi menjaga keselamatan kanak-kanak dan keluarga.

Berikut tujuh info penting berkaitan prosedur dan cara betul membuat laporan orang hilang:

1-Hebahan kehilangan ahli keluarga perlu menggunakan platform yang betul.

2-Misalnya bagi kes kanak-kanak hilang, ahli keluarga terlebih dahulu perlu membuat laporan polis dan menyerahkan tindakan hebahan dibuat oleh pihak polis melalui sistem hebahan yang mempunyai prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk memastikan maklumat kanak-kanak disebar luas dengan mekanisme betul.

3-Hebahan kanak-kanak hilang perlu mengikut SOP yang digariskan polis bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dan ahli keluarga tidak terancam dan disalahgunakan.

4-Hebahan hanya akan dibuat dengan kebenaran bertulis ibu bapa setelah siasatan polis mendapati tiada melibatkan unsur tebusan dan ancaman.

5-Hebahan juga hanya memaparkan butir yang terhad seperti gambar kanak-kanak yang hilang, nama, nombor laporan selain nama dan nombor telefon pegawai penyiasat.

6-Bagi kes kanak-kanak hilang, polis dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat membangunkan sistem amaran awal kanak-kanak hilang yang dikenali sebagai “National Urgent Response Alert” (NUR Alert ) bagi membuat hebahan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang dilaporkan hilang.

7-Hebahan melalui NUR Alert hanya akan dibuat oleh pasukan petugas yang diluluskan oleh polis seperti pihak Facebook, bank, syarikat telekomunikasi yang sehingga kini berjumlah 41 ahli petugas daripada pelbagai agensi.

Sumber: Bernama 1, 2, 3, 4

Foto: Bernama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bomba Gerik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca