"Saya dah serik tak mau lagi kutip barang lama"

"Saya dah serik tak mau lagi kutip barang lama"
"Saya dah serik tak mau lagi kutip barang lama"
A
A
A

BARANGAN lama atau antik selalunya ada peminatnya yang tersendiri.

Oleh kerana terlalu suka ada antara mereka mengumpul pelbagai barangan antik yang diperolehi daripada pelbagai lokasi dalam dan luar negara.

Biasanya, peminat tegar ini akan terus menyimpan koleksi barangan tersebut walaupun mencecah lebih puluhan tahun.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang chef yang juga pensyarah, Asma Nordin ini.

Memetik katanya di FB, beliau serik untuk memiliki barangan lama kerana tidak tahan lagi

menanggung penderitaan.

"Saya dah serik tak mau lagi kutip barang lama... bagi percuma pun saya tak nak.

"Tak sanggup lagi menanggung derita, penyudahnya kita yang kena jumpa ustaz dan berusaha siang malam untuk pulihkan diri.

"Tahajud dan zikir tidak berhenti... orang lain berdengkur, kita bangun untuk mohon pertolongan Allah.

"Hanya yang pernah lalui akan tahu dan dulu saya memang suka kumpul barang lama," kongsinya.

Menurutnya, akibat kesihatan tidak menentu, dirinya mula berfikir berkaitan gangguan sihir.

"Bila keadaan diri kita tak menentu, mulala kita fikir terkena sihir atau santau namun setelah diselidik rupanya gangguan dari barang antik yang kita simpan buat koleksi.

"Dulu saya tak percaya.. . tapi bila terkena diri sendiri, hanya kita sahaja yang tau situasi keadaan macam mana.

"Fobia, takut pun ada. Kalau orang nak bagi apa apa pada saya sekarang ni... saya tak akan cakap barang ini saya terima. Kalau tak sedap hati saya akan cakap maaf saya tak nak. Sekarang saya tolak dengan cara berhemah,"jelasnya.

Baca juga Pelajar kongsi sambut Deepavali di United Kingdom, masak juadah sendiri ubat rindu keluarga

Kata Asma, jika mahu juga barang tersebut, beliau akan mengatakan 'beli' atau 'bayar'. Tetapi akan dirujuk pakar terlebih dahulu untuk pastikan barang tersebut 'clear' atau ada pemilik yang tidak nampak dengan mata kasar.

"Saya tak mahu terima hak orang secara percuma, saya juga rela beli yang baharu. Tak mau dah, tak mau dah! Batik sarung lama pun saya tidak mahu terima.

"Batang kayu antik dan buluh cantik pun saya tak mau bawa balik rumah. Sekarang kayu antik dan buluh lama kat rumah saya sudah dibuang," katanya.

Beliau memang minat namun terpaksa untuk tidak terima atau simpan lagi barang antik kerana dirinya tidak kuat semangat walaupun telah 'dibersihkan'.

Korang ada ke barang antik yang disimpan hingga kini? Hati-hati la ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca