"Saya mintak maaf, saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan nanti" - Ustaz Ebit Lew

A
A
A

EKORAN penceramah dan usahawan Ustaz Ebit Lew tampil membantu menghantar pelajar universiti yang terkandas kerana pendaftaran ditangguh pulang ke kampung, beliau

diminta membuat permohonan maaf secara terbuka oleh sebuah universiti tempatan pada hari ini.

Katanya menerusi lama Facebook, beliau mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama Prof Dato sendiri yang menghubungi pihaknya supaya membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga,” tulis Ustaz Ebit hari ini.

Menurut kenyataan rasmi dari UPSI yang dikongsikan Ebit bersama permohonan maafnya itu, pihak universiti berkenaan terlebih dahulu merakamkan penghargaan atas inisiatif yang telah dijalankan sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau diberitahu agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mendapatkan kebenaran dari pengurusan universiti dan secara langsungnya dari Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Majlis Keselamatan Negara.

“Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam.

“Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga diberi kelulusan,” jelas beliau.

Perkara itu menurut mereka bagi menjaga keselamatan pelajar dan mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan pulang pelajar-pelajar terbabit.

Beberapa hari ini hangat di media sosial dengan isu pelajar universiti yang terpaksa kembali ke rumah masing-masing selepas hadir untuk mendaftar di universiti dalam negara.

Ia susulan pembatalan pendaftaran pelajar di pusat pengajian tinggi selepas Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta-merta.

Artikel berkaitan: Busking jalanan buat bintang Roy kembali bersinar

Walaupun ia tidak menjadi masalah buat sesetengah daripada mereka, namun posting di media sosial menunjukkan masih ramai yang ‘tersangkut’ dan tidak dapat kembali kerana masalah pengangkutan serta kewangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca