#SiBibirMerah: "Katil ICU dah tak cukup, kekal duduk di rumah" - Dr Noor Hisham

A
A
A

"SILA duduk di rumah kerana jika anda dan keluarga dijangkiti Covid-19, kita tidak ada katil ICU (Unit Rawatan Rapi) yang mencukupi."

Sekali baca sahaja, Bibir Merah sudah memahami mesej yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di laman sosial Facebooknya baru-baru ini.

Lagipun bukan beliau sahaja, malah pihak kerajaan, pasukan barisan hadapan dan badan bukan kerajaan (NGO) berkali-kali menasihatkan perkara yang sama tanpa jemu.

Mengapa? Jawapannya mudah kerana implikasi jangkitan koronavirus pada tubuh badan amat 'memeritkan'. Ingat ya, kondisinya tak sama seperti demam biasa.

covid-19Pun begitu, masih lagi ada sekelompok individu yang ambil sambil lewa pada arahan kekal berada di rumah. Bibir Merah pun pelik mereka ini tak faham bahasa? buat-buat tidak faham? ataupun sebenarnya degil?

Jika arahan mudah sedemikian susah untuk diikuti, maka tidak mustahil prosedur operasi standard (SOP) lain yang ditetapkan untuk memutuskan rantaian Covid-19 akan dilanggar begitu sahaja tanpa rasa bersalah.

Bibir Merah mengambil dua contoh situasi yang berlaku baru-baru ini.

kompaun

Bayangkan dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) terdapat sebuah keluarga yang tegar menganjurkan majlis perkahwinan di sebuah rumah di Butterworth, Pulau Pinang.

Hasil pemeriksaan polis mendapati seramai 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar berada pada majlis tersebut.

Secara terang-terangan tindakan penganjur terbabit telah melanggar SOP ditetapkan memandangkan majlis perkahwinan adalah aktiviti tidak dibenarkan sama ada berskala besar ataupun kecil.

Padahnya, tuan rumah dan jurugambar masing-masing dikompaun RM2,000 atas kesalahan dilakukan.

Sementara itu, seramai 54 individu masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 seorang gara-gara berkumpul dan melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala, Klang, Selangor.

kompaun 54 individu yang melepak dan berjoging di Jambatan Raja Muda Nala, Klang pada Ahad dikenakan kompaun oleh polis.

Semua individu berusia antara 17 hingga 40 tahun itu dikatakan berkumpul dan melepak selepas melakukan aktiviti berjoging di kawasan terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, sepasukan anggota pasukan penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan segera ke lokasi pada pukul 6 petang selepas menerima aduan orang awam.

Persoalannya, mengapa insiden seumpama itu harus berlaku dalam tempoh kerajaan sedang berusaha memutuskan rantaian Covid-19.

Walhal, kita sedia maklum statistik jangkitan positif harian masih melebihi 4,000 kes.

Simpan jenazah di dalam kontena, bukan di luar negara tapi di SelayangLebih memeritkan bukan sahaja katil ICU dan wad mencapai kapasiti penuh, malah jenazah pesakit Covid-19 terpaksa disimpan di dalam kontena. Itupun kita masih tiada kesedaran.

Nasihat Bibir Merah, tolonglah bersabar untuk sementara waktu ini. Jangan degil.

Sebaik-baiknya dalam situasi pandemik Covid-19 rakyat terus menyokong usaha kerajaan dan mengamalkan konsep #kitajagakita. Sikap pentingkan diri sila tolak tepi.

Selain itu, diharapkan juga proses pemberian suntikan vaksin disegerakan supaya negara dapat bakal mencapai imuniti kelompok dalam usaha mencegah penularan Covid-19.

Secara tidak langsung, kita kembali bekerja di pejabat dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca