Suri rumah ‘buat duit’ jual pati limau kasturi, sambutan luar biasa!

A
A
A

JIKA minat dan bersungguh apa pun jadi! Itulah yang dibuktikan oleh seorang suri rumah yang dikenali sebagai Cik Wan Mastura Megat apabila minatnya terhadap aktiviti bercucuk tanam sejak kecil dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ia membuahkan hasil lumayan.

Wanita berusia 34 tahun itu mengusahakan tanaman limau kasturinya yang seluas 0.4 hektar di Kampung Santan yang terletak di Kangar, Perlis.

Memetik laporan portal media tempatan, Mastura berkata, beliau mula mengusahakan tanaman itu sejak 2016 dan kini mempunyai 200 pokok.

“Sebelum ini saya hanya menjual buah di pasar borong namun disebabkan buah terlampau banyak hingga mencecah satu tan sebulan, saya cuba hasilkan pati limau kasturi bagi mengelak pembaziran apabila buah bertukar menjadi warna kuning (masak ranum).

“Saya tidak sangka berjaya mendapat sambutan luar biasa khususnya dari kaum wanita yang gemar minum pati limau kasturi untuk kesihatan dan kecantikan,” katanya.

Katanya lagi, dalam jangka masa kurang sebulan sebanyak 400 botol pati limau kasturi berjaya dijual pada harga RM6 sebotol.

Suri rumah ‘buat duit’ jual pati limau kasturi, sambutan luar biasa!Tambah beliau lagi, selain pasaran di sekitar negeri Perlis, pati limau kasturinya turut menerima permintaan pelanggan dari Kuala Lumpur dan bercadang untuk memberi fokus kepada penghasilan pati limau kasturi kerana lebih menguntungkan.

“Pati ini kami hasilkan tanpa tambahan air mahupun bahan pengawet dan ia bagus untuk kesihatan kerana buah limau kasturi mengandungi vitamin C yang tinggi,” katanya.

Mastura berkata dia bersedia untuk berkongsi ilmu dan nasihat kepada mereka yang ingin mencuba tanaman limau kasturi kerana ia mudah dijaga, berbuah sepanjang tahun dan tidak memerlukan kos tinggi.

Apa yang dilakukan wanita itu jelas membuktikan di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Jika kita terus berusaha kejayaan pasti akan datang sama ada cepat atau lambat.

Apa yang penting teruskan berusaha dan jangan sesekali mengalah dan mudah putus asa! Tahniah Mastura!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca