Terpaksa ditidurkan, tak dapat bernafas sendiri, bapa kongsi keadaan terkini Baby Naail & mohon doa
Terpaksa ditidurkan, tak dapat bernafas sendiri, bapa kongsi keadaan terkini Baby Naail & mohon doa
BAYI bernama Muhammad Naail Wan Aslam, 1, atau lebih dikenali sebagai Baby Naail menjadi perhatian ramai.
Si kecil itu menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy Type 1 (SMA1) iaitu penyakit genetik otot saraf atau neumuscular genetic disorder akibat mutasi gen neuron motor survival 1 (SMN1) iaitu protein penting pada saraf tunjang yang berfungsi mengawal otot badan.
Dalam perkembangan terbaru, bapanya, Wan Aslam Zakaria telah memuat naik perkongsian keadaan terkini anaknya itu menerusi laman Facebooknya.
"Maaf, sudah lama tak update mengenai Naail. Kami mohon doa kepada sahabat-sahabat, agar anakanda kami ini, Baby Naail dikurniakan kesihatan yang baik, boleh bernafas dengan baik.
"Kesihatan Naail tidak berapa baik dengan keadaan cuaca jerebu yang tak berapa baik, berikutan banyak penyakit yang ada.
"Naail akan dimasukkan ke PICU setelah empat hari berada di wad biasa akibat paru-paru sebelah kanan collapse.
"Baby Naail sekarang kena intubate, tak dapat bernafas sendiri walaupun gunakan mesin bipap.
"Jadinya, Naail terpaksa ditidurkan jika tidak, Naail susah nak bernafas, dan agak struggle untuk bernafas. Sekarang berada di PICU," ujarnya.
Wan Aslam turut memohon orang ramai mendoakan anak keduanya itu diberi kesembuhan.
"Mohon doanya semua ya agar anakanda Naail dikurniakan kesihatan yang baik. Tiada ibu dan ayah yang mahukan anaknya sakit.
"Tetapi Naail ini special buat kami, ia amanah yang ALLAH kurniakan kepada kami," tulisnya.
Baca juga Baby Naail selamat disuntik ubat Zolgensma RM9.8 juta, warganet sebak lihat senyumannya
Ujarnya juga, semalam perkembangan Naail dilihat semakin positif. Baby Naail dijangka akan melalui porosedur 'bronchoscopy' hari ini untuk melihat laluan pernafasannya yang abnormal.
Bayi Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau lebih dikenali sebagai Baby Naail yang menghidap Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 selamat menjalani prosedur suntikan ubat Zolgensma bernilai RM9.8 juta pada Jun lalu hasil kutipan dana orang ramai oleh Team Misi Rakyat.
Semoga Baby Naail terus diberi kekuatan untuk berjuang dan diangkat penyakitnya oleh ALLAH SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.
Sumber: FB Wan Aslam Zakaria
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang