VIDEO] Budak lelaki terduduk, dapat berita ibu meninggal dunia kerana Covid-19
TIADA lagi kasih sayang dan belaian daripada seorang insan bernama ibu. Kini hanya doa dikirimkan memandangkan ibu yang disayangi sudah pergi bertemu ILLAHI.
Ini momen pahit yang terpaksa ditelan seorang kanak-kanak lelaki apabila dimaklumkan ibu tersayang sudah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Sewaktu menerima perkhabaran sedih itu difahamkan, kanak-kanak dikenali sebagai Aliff tersebut sedang menjalani proses pemantauan di pusat kuarantin.
Sementelah, bapanya juga mengalami masalah kekurangan oksigen dalam paru-paru dek jangkitan koronavirus.
Baca juga [VIDEO] Bukan Di India, Tapi HTAR Klang. Pesakit Covid-19 Mula Diletakkan Di Luar Jabatan Kecemasan
Sebaik sahaja mendengar berita duka budak lelaki berkenaan terduduk dan dan termenung.
Pun begitu, petugas barisan hadapan di sana tidak membiarkan Aliff sendirian, sebaliknya bersama-sama memberikan sokongan.
Baca juga Meninggal Dunia Kerana Covid-19, Waris Boleh Mohon Bantuan Khas Hingga RM5,000
“Baru lepas attend ayahnya yang desat (paras oksigen turun), tak berapa lama selepas itu adik ini terima berita ibunya meninggal dunia sebab Covid-19.
“Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aamiin” tulis pemilik akaun TikTok dikenali sebagai @niaron1.
@niaron1♬ nhạc nền - LẶNG
Situasi tersebut mengundang sebak dalam kalangan warga maya, apatah lagi diharungi anak kecil yang masih bergantung harap pada ibu bapa sepenuhnya.
Justeru, bersama-samalah kita memberikan sokongan dan semangat buat mereka yang diuji dugaan seumpama ini. #kitajagakita
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang