JAUH perjalanan, luas permandangan. Perkahwinan campur merentasi bangsa, kaum atau negara membuka peluang seseorang itu mengenali adat resam dan budaya lain.

Wanita kelahiran Kubang Pasu, Kedah dikenali Fila Amir misalnya, antara yang berpeluang meneroka keunikan negara lain apabila memutuskan menetap di kampung suaminya di Conakry, Guinea.

Terdahulu, perkahwinan Fila berusia 26 tahun bersama Adama Mohamed Camara pada bulan April 2019 pernah tular di media sosial berikutan bertemu jodoh dengan jejaka dari benua Afrika.

Dalam perkembangan terbaharu, Fila menerusi YouTube berkongsi pengalaman pulang ke negara kelahiran suaminya.

Baca juga 17 Sebab Kenapa Lepas Kahwin Perlu Duduk Rumah Sendiri, Bukan Rumah Mertua

“Alhamdulillah selama dekat sini tak pernah rasa disisihkan atau di diskriminasi, semua layan baik, ramah-ramah.

“Masha-ALLAH, tak sabar nak faham apa dia orang cakap, boleh borak bergurau dengan dia orang. Ada orang tanya, pernah tak kat sini, polis minta nak check passport ke apa. Memang tak ada. Tengok la akak polis ni siap ajak bergambar lagi,” ceritanya.

Menurut Fila, disebabkan rupanya berbeza dengan wanita tempatan, ramai yang keliru. Pun begitu, orang di sana tetap melayannya dengan baik.

“Walaupun dia orang confuse Fila orang apa, dia orang tetap layan Fila baik-baik. Tak jumpa lagi orang racist dekat sini.

“Alhamdulillah, semoga berkekalan macam ni Insya-ALLAH doakan kami dekat sini tau,” kongsi Fila di laman sosial Instagram.

Baca juga Perkahwinan Pemuda Pakistan Ini Viral Satu Dunia, Tabur Duit Dan Bunga Mawar Untuk Tetamu

Tambahnya, beliau mendapat layanan yang baik daripada keluarga mentua termasuk masyarakat di Conakry. Jelasnya lagi, masyarakat di sana tidak terkejut melihat orang luar.

Iklan

Pada masa sama, meluahkan rasa gembira dan teruja bertemu dengan orang Malaysia.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, Fila juga menjelaskan bahawa masyarakat di negara tersebut tidak lagi memakai pelitup muka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MADAM CAMARA (@filaamir)

Ujarnya, hanya sesetengah tempat sahaja memerlukan mereka memakai pelitup muka memandangkan kes di sana tidak terlalu tinggi, namun masih ada.

Mereka hanya perlu menjaga diri bagi mengelakkan sebarang penularan.

Iklan

Selain itu, menurut Fila bahasa Perancis digunakan untuk berkomunikasi di sana.

Kebanyakan warga maya teruja melihat perkongsian foto dan video serta pengalaman Fila sepanjang berada di sana.

Menurut netizen, mereka tertarik melihat perbezaan latar belakang masyarakat dan budaya di negara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MADAM CAMARA (@filaamir)

Sumber: filaamir