[VIDEO] Dilarang masuk ke JPJ gara-gara pakaian tak ikut etika, pemuda terus sarung kain pelekat
BIASANYA, setiap jabatan atau badan kerajaan mengenakan syarat agar para pelanggan yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan memakai pakaian sopan dan yang bersesuaian.
Jika anda berpakaian seksi atau menjelikkan, sudah awal-awal lagi, pengawal keselamatan akan datang beri teguran.
Sebenarnya, penulis ingin kaitkan cerita itu dengan sebuah video yang viral di laman TikTok baru-baru ini.
Kisah tular yang dikongsikan di TikTok @ainhadi0505 menyaksikan seorang pemuda mengenakan pakaian yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangutan Jalan (JPJ).
@ainhadi0505hahahah.. ni lawak.. klu ain rela blik rmh tuka sluar..malu oiii... slamber dia je?@danialhadi00 @ainhadi9095
Ekoran itu beliau tidak dibenarkan masuk oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas.
Kemudian, melihat larangan berkenaan, pemuda itu keluar dan tercetuslah idea untuk terus menyarung kain pelekat.
Mujur tersedia kain pelekat itu di dalam keretanya.
Agaknyalah kan, lelaki tersebut memang mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan dan tak boleh ditangguh-tangguh lagi menyebabkan beliau tidak kisah memakai apa sahaja. Malu dibuang ketepi. Janji, boleh masuk!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi.
Terdapat juga beberapa orang daripada mereka berkongsi pernah berhadapan dengan situasi yang sama.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang