[VIDEO]Gigih pak cik Ladja kejar bot Polis Marin demi bantuan makanan penduduk

[VIDEO]Gigih Pakcik Ladja kejar bot Polis Marin demi bantuan makanan penduduk
[VIDEO]Gigih Pakcik Ladja kejar bot Polis Marin demi bantuan makanan penduduk
A
A
A

KETIKA pandemik Covid-19 kembali mengganas di negara kita, SinarPlus percaya ramai yang perlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan.

Lebih-lebih lagi di kawasan yang diisytihar kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Diperketatkan (PKPD).

Begitulah yang terjadi kepada seorang penduduk masyarakat Bajau Laut Pala’u di Semporna, Sabah ini apabila dia gigih dayung sebuah perahu uzur ke tengah laut mengejar Polis Marin untuk memohon bantuan makanan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh HMJ, beliau yang dikenali sebagai pak cik Ladja itu sanggup mendekati Polis Marin yang sedang meronda bagi mendapatkan bantuan makanan untuk komunitinya.

Akibat situasi PKPD yang kembali dilaksanakan di Semporna, masyarakat yang kebanyakannya tinggal di atas rumah air ini tidak berupaya mendapatkan sumber makanan.

Difahamkan sebanyak 27 buah rumah di kawasan berkenaan tidak mendapat bantuan makanan dan disebabkan itu mereka terpaksa korbankan diri untuk turun ke laut bagi mendapatkan sumber makanan demi kelangsungan hidup.

Pak cik Ladja merayu semoga ada bantuan dapat diberikan kepada penduduk di Kampung Halo kerana mereka tiada kemudahan jambatan untuk ke jambatan yang dihubungkan dengan tanah besar Semporna.

Artikel berkaitan: Pesakit jantung cilik, Mia Syamila masih perlukan dana sumbangan

Sopan sahaja nada percakapan pak cik Ladja ini. Walau pun masih mampu tersenyum ketika berbicara dengan pihak polis, namun jauh di sudut hatinya pasti merasa risau dan susah hati dengan nasib yang menimpa komuniti di kampungnya.

Tidak sampai satu hari, bantuan makanan sampai ke komuniti pak cik Ladja oleh pihak NGO, iaitu Hugs Project yang dikoordinasikan oleh Nirma Majinji diiringi pasukan Polis Marin dan ESSCOM.

Menurut portal iloveborneo, setelah selesai semuanya, pak cik Ladja mengucapkan syukur kerana permintaannya segera ditunaikan.

Begitu juga dengan penduduk di sana yang kelihatan sangat gembira kerana menerima bantuan yang diharapkan sambil melambai ke arah bot pasukan polis dan NGO.

Di atas perahunya juga, pak cik Ladja sempat berdiri melafazkan doa kesyukuran bersama pasukan yang terlibat sebelum beredar kembali ke rumahnya.

Rata-rata warganet berasa sayu apabila melihat usaha pak cik Ladja yang mendayung sampan uzurnya demi memohon bantuan walaupun dalam masa yang sama sampan yang dinaikinya itu sudah dimasuki air laut dan berterima kasih atas bantuan pantas yang diberikan oleh pihak polis dan NGO yang bertanggungjawab menyampaikan bantuan.

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya, dijauhkan segera daripada wabak Covid-19 ini serta dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan hidup seperti sebelum ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca