[VIDEO]Isteri kuat menyakat, kepala suami tersepit cermin kereta tetap bagi mini love
BAGI pasangan suami isteri yang bahagia, pastinya senda gurau dapat menceriakan suasana.
Bergurau senda juga boleh meningkatkan rasa cinta dan kasih sayang di antara keduanya.
Namun lain orang lain caranya. Ada yang suka suka gurau-gurau manja bahkan ada pula yang bergurau kasar.
Seperti sebuah video tular ini apabila seorang lelaki disakat isterinya di dalam kereta mencuri tumpuan warga maya.
Menerusi sebuah klip video pemilik TikTok @emaasamsudin_, kelihatan dia sengaja menaikkan cermin kereta sehingga menyebabkan kepala suaminya tersepit.
Malah, wanita itu juga ketawa melihat reaksi suaminya itu yang mencuba mengeluarkan kepalanya sehingga merayu sambil memberikan mini love buat si isteri.
Dalam pada itu kelihatan si suami turut mengucapkan selamat hari lahir dan menzahirkan ucapan terima kasih kerana menghadiahkan android player.
Pada akhir video, wanita tersebut menurunkan cermin kereta dan suaminya dilihat memegang dagu mungkin bagi menghilangkan rasa lenguh.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Video yang berkapsyen "tak lengkap rasa kalau tak menyakat suami" itu telah mendapat hampir 500,000 tontonan dan lebih 35,000 tanda suka.
Menjengah ruangan komen pula, rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi.
Ujar mereka;"Biar dia rasakan, gurau suami isteri itu kan eratkan kasih sayang. Moga kekal hingga Jannah."
"Lain orang lain cara. Yang penting bahagia. Hidup berumah tangga ni kalau asyik nak serius je, sendu la."
"Kami laki bini pun gurau macam ni juga. Tapi tak masuk hati pun just gurau. Semoga hubungan korang kekal ke Jannah."
Baca juga [VIDEO]’Indahnya’- Lelaki Kongsi Pandangan Dari Atas Menara PNB118 Tarik Perhatian
"Tak kisahlah nak gurau macam mana tapi takut jugak kalau tetiba stuck. Bahaya juga tu. Risau pula kita tengok.""Seronok tengok kalian bergurau moga diberi kebahagian dunia dan akhirat."
"Ini baru biasa tahu, tak merasa lagi kena lock dari dalam masa suami kentut lagi..."
Aduhai macam-macam ya! Namun ingat, dalam bergurau senda jangan dilupa adab dan batasannya.
Ini kerana bergurau tanpa adab, dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan, pasangan kecil hati, mengakibatkan salah paham dan cenderung mendapat kecederaan jika bergurau secara berlebihan.
@emaasamsudin_Gurauan suami isteri ?♬ original sound - izzmieyy
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang