“BUKAN semua orang dapat merasakan nikmat panjat tinggi macam ni, melihat awan yang cantik. Sungguh besar kuasa mu ya ALLAH.”

“Ya ALLAH cantiknya. Teringin nak naik bangunan tinggi-tinggi dan pemandangan yang indah dan saya memang suka tempat yang tinggi.”

“Subhanallah! Betapa indahnya pemandangan… terima kasih sebab sudi kongsi pemandangan yang sangat cantik.”

“Fuh main atas awan, ini level kayangan dah ni…”

“Subhanallah baru tahu cantik sangat view dia di waktu pagi. Semoga dilindungi olehNya ketika menjalankan tugas.”

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Begitulah ungkapan warga maya apabila melihat sebuah video tular seorang lelaki berkongsi pemandangan awan awal pagi dari atas kawasan tinggi yang sangat menawan.

Menara Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa? Ini faktanya…

Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali @amy.ganu, video tersebut diperolehi dari seorang rakannya yang bekerja sebagai pemandu kren.

Video tersebut memaparkan pandangan dari sudut atas kren, dipercayai dari atas menara PNB118 yang dijangka menjadi menara tertinggi di Malaysia mengatasi KLCC.

Selain itu, turut dapat dilihat beberapa orang pekerja sedang bekerja di atas kren yang sangat tinggi itu sehingga hanya menampakkan puncak beberapa menara sekitar di Kuala Lumpur.

Apa kata korang? Penulis memang gayatlah kalau tempat tinggi macam ni!

Baca juga [VIDEO] “Mak, adik rindu…” Perkongsian pemuda undang sebak, balik rumah ibu dah tak ada, rupanya ‘pindah’ rumah baru

ANEKDOT menara PNB118;

1. Menara Warisan Merdeka 118 atau lebih dikenali sebagai PNB118 dijangka siap pada tahun 2022.

Iklan

2. Pencakar langit itu juga bakal menjadi menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara apabila ia siap pada awal 2021 di samping mempunyai peranan dalam merangsang ekonomi negara.

3. PNB 118 dibangunkan di kawasan Stadium Merdeka seluas 5.6 hektar.

4. Menara itu yang terdiri daripada 118 tingkat itu merangkumi 83 tingkat untuk ruang pejabat, 16 tingkat untuk hotel mewah, tiga tingkat dek pemerhatian dan 16 tingkat ruang kemudahan dan lobi langit.

Iklan

5. Kerja-kerja infrastruktur sedang dijalankan untuk membina dua terowong untuk kenderaan mengakses menara dan beberapa laluan akses lebuh raya yang mewujudkan jaringan laluan yang lebih banyak.

@emy.ganuView dipagi hari..sngat indah dan tenang☺️☺️🤲🏻🤲🏻 PNB118 ##fyp ##tiktokmalaysia ##towerkrenmalaysia♬ suara asli – √AA