[VIDEO]"Kesannya tidak rasa apa-apapun" - Tun Dr Siti Hasmah ajak orang ramai daftar vaksin
SETELAH lebih setahun berperang dengan wabak Covid-19, akhirnya vaksin yang menjadi sinar harapan dalam menangani pandemik itu tiba di bumi Malaysia pada 21 Februari lalu.
Tanggal 24 Februari pula menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya.
Antara yang turut menerima vaksinasi dalam fasa pertama ini ialah isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Beliau dan suami menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada 7 Mac lalu.
Proses vaksiniasi terhadap pasangan tersebut dibuat oleh Penyelia Jururawat Klinik Kesihatan Kuah, Rosmini Che Lah dan Ketua Jururawat Klinik Kesihatan Kuah, Siti Hamizah Masdar.
Menerusi sebuah video pendek di Twitter Vaksin COVID-19, sebagai warga emas berusia 95 tahun, beliau menggalakkan kepada orang ramai mendaftar untuk vaksinasi Covid-19.
"Kesannya tidak rasa apa-apapun. Ramai orang kata sakit, jarum panjang. Namun tak sakitpun sebenarnya. Macam gigit semut saja."Saya mengambil vaksin ini bagi menggalakkan orang lain untuk turut mengambil langkah sedemikian.
"Ada sesetengah rakyat yang was-was dan curiga kemungkinan mendapat kesan sampingan apabila divaksin, tapi tak apa.
"Daftar sahajalah dulu, mahu atau tidak daftar sahaja dahulu. Nanti bila kita berubah fikiran untuk setuju menerima vaksin, senang nama dah daftar," ujar beliau.
Terdahulu, Tun Dr Siti Hasmah turut menafikan dakwaan beliau menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi fasa pertama atas kapasiti sebagai isteri bekas Perdana Menteri.
Dr Siti Hasmah memperjelaskan beliau menerima suntikan tersebut bersama suami yang juga Ahli Parlimen Langkawi pada Ahad lalu kerana dirinya adalah seorang warga emas.
Baca juga Antivaksin mohon berhenti menghasut, anda boleh dipenjara dan didenda RM50,000!
Beliau juga ke Pulau Langkawi bagi menemani suami sebagai ahli Parlimen dan ketua bahagian yang sememangnya berhak mendapat vaksin.
Tun Dr Siti Hasmah berkongsi pengalaman menerima vaksin baru-baru ini. Sebagai warga emas berusia 95 tahun, beliau menggalakkan penduduk Malaysia mendaftar untuk vaksinasi COVID-19.
“Tak sakit pun. Macam gigit semut saja”
Video penuh di sini: https://t.co/AAan8mNRVSpic.twitter.com/N8fyvtAnf6
— Vaksin COVID-19 ?? (@JKJAVMY) ?ref_src=twsrc%5Etfw">March 9, 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang