[VIDEO]"Kito anok mudo marilah tolong beli air tebu ayoh"
SEJAK Covid-19 melanda, ramai yang terkesan dan hilang punca pendapatan.
Demi meneruskan sebuah kehidupan, pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan wang.
Seperti juga yang berlaku kepada seorang warga emas di Kampung Raja, Besut, Terengganu.
Menerusi sebuah video live yang dikongsi seorang pengguna Facebook bernama KakSah KateringBesut semalam, kelihatan pak cik yang agak berusia tetapi masih gigih mencedok air tebu untuk pelanggan.
Pak cik yang disapa mesra oleh lelaki yang merakam video tersebut sebagai 'ayoh' (ayah) itu dikatakan berusia 79 tahun sedang berniaga air tebu di tepi jalan.
Lelaki itu turut memohon orang ramai yang melalui jalan itu memberi sokongan kepada pak cik tersebut.
"Jom support ayoh kita jual air tebu... gerai ayoh dekat benar (sahaja)... berdekatan restoren Rumbia, pejabat agama, bengkel Kemas dan laluan pejabat Daerah Besut."Allah... ayoh kito ni berumur 79 masih kuat mencari rezeki. Kito anok mudo (anak muda) marilah tolong beli air tebu ayoh biar ayoh balik awal," serunya.
Live yang berdurasi 10 minit itu juga menampkkan tangan pak cik terketar- ketar menuangkan air ke dalam cawan sambil menjawab pertanyaan lelaki yang merakam video tersebut.
Menurut perakam video, ayah telah lama berniaga di situ.
"Ayoh jual air tebu ni sejak saya masih kecil. Pernah menjual menggunakan basikal. Dulu kedai ayoh ni dilanggar... ini baru lagi ayoh buka semula."Sedihnya rasa... ayoh umur dah berusia masih bekerja.
"Harga air tebu ayoh hanya RM2. Ayoh pon mesin sendiri tebunya itu... marilah kita ramai-ramai membeli," katanya.
Apa yang lebih sayu tatkala melihat terpancarnya kegembiraan di raut wajah tua itu apabila lelaki tersebut memborong kesemua air tebu yang dijual.
Menjengah ruangan komen, warganet mendoakan kesihatan yang terbaik buat pak cik dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut.
Tahamid Abidin - Semuga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezekinya dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.
Mohd Raffi Ismail - Semoga Allah memberkati pembeli dan pak cik yang berniaga mencari rezeki.Tg Mohd Sabri - Alhamdulillah terbaik saudara... teruskan membantu orang yang susah. Aamin semoga dimurahkan rezeki.
Mastura Mohamed - Ya Allah, semoga Allah permudahkan rezeki ayah ni kesiannya, sedih tengok tua-tua masih kerja.
Liena Amiera IV - Baiknya hati... Semoga Allah membalas kebaikan kamu.
Panjat Nyox - Contoh pada anak muda... walau 79 tetap gigih berniaga.
Dikemaskini: Hari ini pemilik Facebook berkenaan turut menerjah warung pak cik itu lagi kerana permintaan ramai untuk melihat 'ayoh' bercakap dan dia turut memborong air tebu lagi untuk memberikan 'ayoh' rehat sebelum Zohor.
Baca juga Sampai hati buat OKU macam ini, pemuda berkerusi roda luah perasaan sebak
Sumber: KakSah KateringBesut
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang