[VIDEO]Sebulan tak boleh kencing, keluar jarum dari perut, Ustaz Kazim buang 'makeup', kongsi keadaan sebenar di live TV
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah situasi yang boleh digambarkan apa yang dilalui Pendakwah selebriti, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias sekarang.
Sebelum ini, beberapa gambar kesan makeup khas yang dimuat naik akhirnya membuka kisah lebih mendalam mengenai dugaan sihir dihadapi oleh pendakwah popular itu.
Menerusi rancangan MeleTOP secara live malam tadi, Ustaz Kazim mendedahkan lebih banyak sisi lain mengenai kehidupannya yang masih ramai tidak tahu.
Jelasnya, beliau tidak perlu gimik atau penipuan untuk lariskan produk namun apa yang dikongsikan sebelum ini adalah kebenaran.
"Saya baru habis penggambaran sebuah filem dan ia mengambil aspirasi daripada kisah hidup saya yang mana saya dilanda pelbagai masalah dan penyakit sejak tahun 1997.
"Salah satunya masalah berkaitan kulit saya yang selama ini dirahsiakan kepada orang ramai.
"Ramai orang jumpa saya nak tengok tangan. Tangan saya okey. Cuma yang berlaku itu di tempat lain (sambil pegang paha). Takkan saya nak tunjukkan tempat itu, benda yang aib untuk saya.
"Jadi saya letakkan pada tangan. Kapsyen pun saya tak katakan keadaan tangan saya sekarang. Saya kata kepada sesiapa yang boleh tolong saya, rawatlah saya. Tapi itu memang yang terjadi sebenarnya keadaan saya selama ini," katanya.
Bukan tidak mendapatkan rawatan, sebenarnya beliau sudah bertemu dengan ramai pengamal perubatan.
Namun mereka cuma mengatakan apa yang dialami oleh Ustaz Kazim itu merupakan masalah kulit biasa di kalangan warga emas.
"Lima pembedahan saya dah buat, lebih empat kali MRI dibuat untuk semak penyakit. Saya tak perlukan simpati, ia tak dapat membantu saya pun.
"Sembilan doktor kata bukan ekzema, katanya ini normal untuk orang tua walhal umur saya tak sampai 50 tahun lagi," ujarnya.
Baca juga Perlu bantuan, Ustaz Kazim lalui detik mencabar, sakit, gatal, gelisah, pedih
Tidak mengharapkan simpati ramai, beliau menegaskan cuma mahu bantuan daripada pihak di luar sana yang mungkin boleh membantu.
Dalam masa sama, Ustaz Kazim juga menanggalkan kesan solekan pentas sekali gus menunjukkan wajah sebenarnya sekarang.
Beliau bertindak sedemikian demi membuktikan masalah kulit pada wajah dan bengkak pada telinga kirinya adalah benar.
"Sekarang bila nak keluar rumah saya terpaksa pakai foundation, solek tebal nak tutup muka saya. Menyebabkan saya stress.
"Saya dah pakai face mask bertahun, sebab nak cover muka. Kadang-kadang pakai serban tutup muka nampak mata je sebab tak larat nak bersolek. Lama-lama jadikan saya malu nak jumpa orang," dedahnya.
Lebih mengejutkan, beliau kemudiannya menyelak seluar dan mendedahkan kakinya yang dipenuhi tompokan hitam.
Selain itu, penceramah bebas berkenaan turut berdepan dengan gangguan saluran kencing di mana doktor mengesahkan ada benda berwarna putih yang tersangkut.
Namun anehnya apabila rawatan untuk menarik keluar dibuat, objek terbabit seakan-akan 'lari' dan gagal dikeluarkan sehingga sekarang.
Bicara Ustaz Kazim lanjut, beliau pernah lalui detik jarum keluar daripada perutnya.
"Benda paling menakjubkan waktu Maghrib, selepas keluar hospital. Saya mandi air ramuan saya, keluar jarum dari perut. Saya simpan sampai sekarang. Tapi orang tak percaya, itulah sihir. Benda yang menyalahi adat dan kebiasaan kita," katanya.
Namun ujar Ustaz Kazim lagi, cita-citanya ingin mati dalam dakwah, kalau sakit itu asbab kematian, beliau reda.
Semoga ALLAH dapat membantu Ustaz Kazim kembali sembuh dan dapat menjalankan aktiviti ceramah dan dakwah seperti sedia kala.
Doakan Ustaz Kazim ya!
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang