PENDAKWAH selebriti, Datuk Mohd Kazim Elias semalam menjadi perhatian ramai susulan pendedahan dirinya tampil memohon orang ramai beri bantuan mengubati penyakit misteri dialaminya.

Beliau yang dikenali Ustaz Kazim juga merupakan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah mengalami penyakit tersebut sejak lapan bulan lalu.

Dalam satu muat naik di laman media sosial Facebook, Ustaz Kazim itu mendedahkan gambar sebelah tangan dan wajahnya ditumbuhi beberapa ketulan kecil berwarna hitam yang turut sama ada di seluruh badannya.

“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapatkan rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan, saya rasa tidak boleh lagi sembunyikan daripada orang ramai.

“Ini keadaan wajah saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak ramai, bukan hanya di wajah tetapi di seluruh badan dan ia boleh terjadi luka sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena.

“Saya tidak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu dan rendah diri sangat-sangat, sebab itu saya siarkan lengan sebagai kiasan pada badan saya,” coretnya.

Baca juga Dakwaan ekstremis punca disekat masuk Singapura, berikut biodata Ustaz Abdul Somad

Bengkak kaki, Ustaz Kazim mohon doa buat ramai tersentuh

Bicaranya lanjut, beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.

Tambahnya, rasa sakit, gatal dan pedih serta pelbagai perasaan yang terjadi kepada dirinya itu tidak boleh disorok lagi apabila tidurnya turut terganggu sejak berbulan lepas.

Ustaz Kazim turut bimbang penyakitnya itu akan membuatkan beliau mengundurkan diri daripada berdakwah walaupun masih menerima jemputan ceramah dan program.

Baca juga Tuntutan waris RM300 bilion, berikut ketokohan Datuk Bentara Luar Johor, Muhamad Salleh Perang

Iklan

“Kadang-kadang saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tidak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung.

“Walaupun dilabel sombong kerana tidak beramah mesra dengan pendengar seperti dulu, saya tabahkan hati sebab saya tahu ramai tidak tahu keadaan sebenar saya.

“Terima kasih menawarkan bantuan dan nasihat kepada saya, saya telah berusaha berubat di banyak tempat tetapi belum diberi keizinan oleh ALLAH SWT. Mungkin ada dalam kalangan tuan dan puan yang boleh membantu saya.

“Saya juga memohon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah laku saya mengguris hati anda,” ujarnya.

Iklan

Semoga ALLAH dapat membantu Ustaz Kazim kembali sembuh dan dapat menjalankan aktiviti ceramah dan dakwah seperti sedia kala.

Doakan Ustaz Kazim ya!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI