Wanita trauma jadi mangsa serangan anjing dilawati, tabung bantuan dilancar
KEJADIAN menimpa seorang wanita yang diserang oleh seekor anjing hingga mengalami kecederaan yang agak parah dua hari lalu, mengundang simpati netizen dan badan bukan kerajaan berkaitan.
Semalam, Barisan Pembela Haiwan Kebangsaan (BAPAK) ke Hospital Besar Melaka untuk ziarah mangsa serangan anjing di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka itu.
"Kehadiran kami disambut linangan air mata. Saudari Kristina yang beragama Kristian sungguh tidak menjangka dia akan menerima tetamu.
Kristina masih trauma yang mana serangan tempohari. Dia menjerit minta tolong tapi tak ada yang menolong.
Tangan kanan Kristina mungkin tak akan berfungsi lagi seperti sediakala.
Bagi menzahir rasa simpati dan tanda bersahabat, kita beri sikit2 seorang. Pilih RM10 / RM20 /RM30 / RM50 / RM100 atau RM200
MAYBANK PERTUBUHAN PASUKAN TINDAKAN HAIWAN (AAT), 512361504919," kongsi Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di posting Facebook rasminya semalam.
Diserang anjing jenis pitbull
Sehari sebelum lawatan ini, Animal Malaysia turut berkongsi bahawa pemilik anjing pitbull yang ganas menyerang Kristina kini sedang dijejaki yang siyaki sedang menyembunyikan diri.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Abang Kucing cari wanita parah diserang anjing, pemilik turut dijejaki
Animal Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia sama ada saudara mara, rakan sekerja, jiran tetangga, pemilik kedai kopi, stesyen minyak atau carwash tempat suspek selalu bertandang atau sesiapa mengenali pemilik anjing pitbull ganas yang serang wanita lemah di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka semalam supaya tampil seret pemilik anjing ganas itu kepada pihak berkuasa segera.
"Sesiapa yang dapat kesan pemilik anjing ini segera salurkan maklumat keberadaan suspek penjenayah pemilik anjing ganas kepada Abang Kucing - 0127413497 supaya suspek yang kini diburu oleh Pihak Berkuasa (Polis, DVS dan PBT) dapat ditangkap, diheret ke mahkamah dan dihukum seberat-beratnya.
Kerajaan ada Seksyen 325 Kanun Keseksaan - Menyebabkan Kecederaan Parah yang membawa hukuman Penjara sehingga 7 Tahun DAN Denda.
Anjing Pitbull antara 7 Baka Larangan yang DIHARAMKAN bawa masuk ke nagara ini dan DIHARAMKAN pelihara kerana sifat Ganas dan boleh membawa maut apabila menyerang manusia.
Tahun lalu Animal Malaysia pernah suarakan kebimbangan pembiakan dan pemeliharaan anjing ganas Baka Pitbull Terrier yang semakin berleluasa tanpa pemantauan pihak berkuasa kerana khuatir serangan anjing dan pembiakan secara kacukan dengan anjing tempatan tidak terkawal yang bakal memudaratkan.
Mana-mana komuniti yang melindungi pemilik anjing tidak bertanggungjawab ini. Mereka adalah boleh dianggap penjenayah dan musuh negara," kongsi NGO itu, kelmarin.
Moga mangsa serangan anjing mendapat pengadilan yang sewajarnya. -AG #janganputusasamalaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang