Wanita yang jadi mangsa dera suami diminta jangan terlalu naif, apalagi cepat mengalah!

A
A
A

Wanita yang jadi mangsa dera suami diminta jangan terlalu naif, apalagi cepat mengalah!

KISAH seorang penyanyi Indonesia yang memukul isterinya selepas wanita itu menuduhnya curang, memang hangat diperkatakan sejak minggu lalu.

Menerusi beberapa artikel, lelaki berkenaan didakwa nampak penyayang di media sosial, namun rupa-rupanya ia hanya 'wayang' belaka.

Isu tersebut memang menarik perhatian saya untuk dicoretkan. Secara umumnya, sikap panas baran berlaku disebabkan kesukaran seseorang yang gagal mengawal emosi amarahnya.

Sumber gambar: https://www.pexels.com

Ada yang mengatakan, sifat itu diwarisi lantaran pengalaman buruk yang direntas pada zaman silam terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa.

Baca lagi 'Comelnya, macam anak mat saleh. Rezeki tu.' Miliki dua anak perempuan albino, ibu ini luah rasa syukur!

Berbeza pula dengan pandangan saya. Secara jujurnya, saya anggap itu hanya sekadar alasan sahaja. Panas baran, bukan sifat semula jadi. Malah, bukan juga penyakit keturunan. Sebaliknya, ia adalah sikap yang dibenarkan wujud dalam diri sendiri.

Jika dikaji dan diteliti secara mendalam, kemarahan itu tercetus disebabkan pengaruh yang berlegar di sekeliling.

Ada sesetengah keluarga juga masih mengagungkan lelaki. Keadaan itu sedikit sebanyak menjadi duri dalam daging. Apabila kaum Adam memiliki sifat ego yang terlalu tinggi, mereka akan fikir diri mereka sendiri sahaja yang betul berbanding orang lain.

Sumber gambar: https://www.pexels.com

Pantang salah sedikit. Misalnya, isteri tidak sengaja mengalih barang miliknya. Maka, tanpa ada belas, isteri ditengking seolah-olah telah melakukan kesalahan besar.

Wanita itu juga dimaki hamun di hadapan anak-anak. Itu belum cerita suami yang talam dua muka. Depan orang lain macam 'malaikat', belakang diseksanya si isteri dari segi fizikal dan mental.

Pun demikian, peliknya, ada dalam kalangan kaum Hawa masih tetap sabar dan reda. Apa sebabnya? Alasan klise diberikan adalah kerana sayang yang masih menebal.

Tidak kurang juga yang bertahan demi anak-anak. Mereka enggan anak-anak dibesarkan tanpa ayah.

Namun, lebih menyedihkan, terdapat wanita membiarkan diri menjadi mangsa suami kerana tiada tempat untuk mengadu dan tidak mahu bergelar janda!

SKIM PENIPUAN SEPANJANG HAYAT

Tidak keterlaluan untuk disebut, kadangkala lelaki dilihat telah menjadikan perkahwinan sebagai penjara untuk wanita.

Ketika zaman bercinta, kata-kata manis diluahkan, namun apabila sudah dimiliki, diri wanita yang dinikahi diperlakukan kejam. Ini yang saya katakan contoh 'skim penipuan sepanjang hayat.'

Lebih kronik, kalau ahli keluarga campur tangan. Kalau ia mendatangkan kebaikan, tidak mengapa. Namun, kalau jadi batu api, bukankah ia lebih menyeksa isteri?

Apa yang selalu kita dengar, wanita pula yang diarah ubah sikap dan bersabar. Paling sukar diterima, sikap zalim pasangan diminta tidak didedahkan demi menjaga aib. Bukankah nasihat itu lagi kejam?

Kepada wanita di luar sana, nasihat saya jangan patuh kepada suami secara membuta tuli. Tidak perlu terlalu naif dan cepat berserah, apalagi menjadi beg tinju si lelaki.

Meskipun anda tidak dipukul sehingga meninggalkan parut, kata-kata nista yang dilemparkan boleh mewujudkan penderaan emosi. Itu sebenarnya lagi parah.

Seperkara, usah gunakan alasan sayang untuk tidak mahu berganjak. Percayalah, sikap sebegitu boleh membuatkan sikap sang suami semakin menjadi-jadi.

Dari satu sudut, saya juga tidak bersetuju dengan cara sesetengah pihak yang menggunakan media sosial sebagai platform untuk meluahkan masalah rumah tangga.

Tidak dinafikan, perkembangan teknologi banyak membantu. Cuma, kita kena berhati-hati kerana ia membabitkan hal peribadi. Kebanyakan yang memberi nasihat, bukanlah mereka dalam kalangan profesional.

Apabila ada yang memberikan pandangan yang tidak bermanfaat, ia umpama mencurah minyak ke dalam api yang sedang membara.

facebook instagram dihentikan eropah

 

JANGAN TERLALU BERLEMBUT

Pada perspektif saya, untuk meluah perasaan tidak salah, tetapi carilah kawan atau ahli keluarga yang dipercayai. Jika tidak, rajin-rajinkan diri membaca buku-buku yang boleh membantu anda mencari jalan dalam mengatasi kemelut yang dihadapi.

Berjumpa pakar kaunseling juga solusi yang baik. Ada yang beranggapan sudah tidak relevan untuk menghadiri sesi kaunseling, tetapi bagi saya sudut pandang itu kurang tepat.

Kaunselor bukannya tidak relevan lagi, cuma pendekatan yang digunakan mereka harus diubah mengikut arus semasa.

Satu lagi, sistem sokongan juga kena padu, barulah diri tidak rasa keseorangan menanggung beban.

Kaum wanita itu sendiri, janganlah terlalu lembut hati dengan suami. Beranikan diri untuk berbincang agar kedua-duanya tahu isi hati masing-masing.

Jika pasangan tengah naik angin, sebagai isteri kita bantu kawal emosi mereka.

Mungkin anda boleh alihkan perhatiannya ataupun biarkan suami tenang dahulu.

Kemudian, barulah berkomunikasi dengan baik. Gunakan bahasa yang lembut. Barangkali pendekatan sebegitu boleh membuatkan hati si lelaki sejuk.

Saya nak pesan, kalau mahu meluahkan apa yang terpendam, pastikan suami dalam mood elok, bukan ketika amarahnya sedang bergelora. Kita kena faham, ada masanya, lelaki ini ibarat seorang kanak-kanak yang masih memerlukan bimbingan isteri.

Namun dalam segala hal, ia perlukan waktu. Justeru, isteri kena letakkan limitasi masa. Mana mungkin seorang wanita boleh hidup bersama dengan lelaki yang bengis sepanjang hayatnya, bukan?

Baik isteri mahupun suami, kena selalu ingat bahawa mahligai yang dibina bukanlah satu permainan, mahupun perjalanan yang mudah.

wedding

Ia adalah sebuah ikatan suci yang memerlukan kerjasama dan kejujuran daripada kedua-dua belah pihak. Kekerasan ataupun kemarahan yang melampau tiada dalam kamus sebuah perkahwinan.

Kepada golongan lelaki sekalian, belajarlah untuk kawal kemarahan. Cuba lakukan aktiviti-aktiviti lain yang menyenangkan hati seperti mendengar muzik, melukis atau melakukan senaman.

Didiklah jiwa supaya memiliki sikap empati yang tinggi kerana melaluinya, segala sikap yang buruk dapat disisihkan. Jika semua formula itu dijayakan, barulah rumah tangga aman dan bahagia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami  DI SINIuntuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca