3 lokasi OOTD di sekitar Lembah Klang, boleh jadi 'spot' menarik bergambar pagi raya
SETIAP kali pulang ke kampung untuk menyambut raya, pasti kalian plan mahu bergambar kenangan bersama.
Bukan senang sebenarnya dapat berkumpul beramai-ramai kalau bukan pada cuti Aidilfitri.
Lagi menarik, itulah masanya untuk masing-masing bergaya sakan dan berOOTD dengan baju baharu.
Paling best kalau sudah cukup korum, barulah seronok nak berfoto bagai di lokasi rare yang pasti membuatkan foto famili lebih gempak.
Berikut antara destinasi popular yang menjadi pilihan ramai bergambar kenangan:
1. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
Bagi orang Shah Alam, memang masjid tersebut tempat paling popular untuk bergambar beramai-ramai selepas usai solat sunat Aidilfitri.
Masjid kedua terbesar di Asia Tenggara itu dikatakan memiliki kubah terbesar di dunia.
Kalau kalian nak berOOTD di sana, banyak sudut menarik kerana struktur masjid daripada gabungan reka bentuk tradisi Islam, Asia Barat, India, Barat dan paling penting Melayu asli.
2. Elmina Valley Park
Pernah viral sebelum ini disebabkan laluan rare berwarna-warni yang terletak di Elmina Central Park, Shah Alam.
Trek berjoging dan berbasikal itu dibuka kepada orang ramai melalui akses lebuhraya Guthrie.
Paling meriah pada waktu petang dan malam sebab ramai yang lepak santai sambil bergambar beramai-ramai.
3. Kampung Pelangi Kuala Selangor
Antara destinasi tumpuan ramai setiap kali Aidilfitri kerana reka bentuk rumah yang unik menjadi spot cantik untuk bergambar.
Hanya lebih kurang 45 minit dari Shah Alam, lokasi yang terletak di Kampung Bukit Hijau itu memang berbaloi untuk dikunjungi.
Baca juga Selipar raya ilham buah-buahan tempatan cuit hati warganet
Bukan setakat desain rumah pelik, zoo mini dan aktiviti kanak-kanak pun ada.
Bagi kalian yang tak dapat balik beraya di kampung disebabkan bertugas atau hal-hal tertentu, bolehlah singgah kalau berhampiran.
Tak kisahlah sama ada kita sambut Syawal pada Jumaat atau Sabtu, apa paling penting jaga kesihatan dan pastikan tiada penularan wabak Covid-19 ya!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang