35,000 share, resipi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chip paling mudah, gerenti licin balang
BISKUT berasaskan emping jagung atau cornflakes memang enak. Rangup dan berlemak, biskut ini memang mempunyai ramai tanpa mengira usia. Apa jua olahan biskut menggunakan cornflakes mendapat sambutan, gerenti licin balang.
Harga biskut raya yang dijual pun boleh tahan, jadi apa kata tahun ni kita buat sendiri. Pilih resipi yang mudah, macam Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chip ni. Bahan-bahan simple, caranya pun senang. Memang boleh berjimat.
"Jom buat Biskut Cornflakes Crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.
"Tahun lepas saya dah pernah share resipi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak," titip Syuhada Che Din.
Baca juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu
Baca juga: Rahsia kesedapan biskut Teratai Layu di Tasik Madu, lebihkan badam untuk rasa lebih terangkat
Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan
250g mentega Buttercup (boleh guna marjerin atau pure butter)
1 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya (Saya letak dalam 3 cawan. Ramas dahulu)
Chocolate chips
Chocolate rice (opsyenal)
Almond nibs atau slice (opsyenal) *bakar sebentar
Cara penyediaan
1-Kacau sebati mentega gula aising dan esen vanila menggunakan senduk. Jangan pukul sampai kembang.
2-Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tak perlu ayak bagai.
3-Kacau sebati. Adunan memang lembik, anda jangan panik.
4-Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
5-Sudukan adunan ke atas loyang yang disapu mentega/ marjerin. Nak cubit-cubit guna jari pun boleh. Nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah.
6-Jarakkan sedikit antara biskut, kerana ia akan mengembang.
7-Panaskan oven pada suhu 160 Celcius dalam 10 minit api atas bawah.
8-Kemudian baru boleh bakar biskut kita. Masa 20 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.
9-Jangan panik kerana mula-mula keluar dari oven biskut agak lembut. Ia akan mengeras apabila sejuk.
10-Sejukkan dulu di atas rak kemudian barulah disimpan ke dalam balang.
Selamat mencuba!
Baca juga: Mudahnya buat biskut sarang semut, hanya 8 langkah
Sumber: Syuhada Che Din, Syamiera Mustafa
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang