5 perkara anak lelaki boleh belajar daripada bapa sebelum usia remaja
MELENTUR buluh biarlah dari rebungnya. Dalam erti kata lain, hendak mengajar atau mendidik anak-anak biarlah ketika usianya masih kecil.
Berkisar mengenai itu, SinarPlus hari ini berkongsi lima perkara yang boleh dipelajari oleh anak lelaki daripada bapa mereka sebelum berganjak ke alam dewasa.
1. Anak lelaki belajar tentang kasih sayang dalam keluarga daripada bapanya.
- Mereka lihat dan meniru cara bapa menyayangi ibu dan adik-beradik yang lain. Mereka suka apabila melihat ayah memuji, menyentuh lembut dan memberi bahagia pada si ibu.
2. Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama bapanya.
- Memeluk dan bergusti dengan ayah lebih bernilai berbanding duduk mengadap gajet seharian.
- Kanak-kanak yang berusia antara dua hingga lima tahun sangat suka dengan “Rough and Tumble Play”. Mereka akan menepuk, mencucuk dan memukul orang dewasa dalam keadaan yang tidak menyakitkan.
- Anak akan belajar sempadan antara pukulan selamat dan tidak selamat.
3. Anak lelaki belajar berhujah dengan ayahnya. Walaupun tidak sependapat, hujahnya tidak menghina sesiapa.
- Anak lelaki akan belajar, lelaki boleh berhujah dengan tenang tanpa menyakiti wanita. Dalam keadaan penuh emosi, lelaki tetap tekun mendengar dan memberi hujah.
4. Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati ayahnya.
- Penting untuk anak melihat si ayah merasa sedih, marah, gembira dan takut. Paling penting sekali adalah untuk anak lelaki melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
- Kesilapan si ayah adalah dia meluahkan dengan rasa marah ketika dia takut atau sedih. Inilah yang akan ditiru oleh anak.
5. Anak lelaki belajar buat kerja rumah daripada ayahnya.
- Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi suami yang memahami beban kerja seorang isteri.
Kredit: Dr Redza Zainol
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang