Ayam Panggang Mexico Ayamas kembali lagi, lebih sedap dan mantap...
BIASANYA, ibu-ibu kalau mahu 'bersenang-lenang' pada hujung minggu, tiada lagi menu yang lebih menarik untuk dihidangkan untuk anak-anak dan keluarga selain ayam panggang.
Dalam hal ini, sudah pasti Ayamas yang akan menjadi pilihan utama. Masakan tidak, selain lazat dan menyelerakan, dari segi penghantaran ke pintu rumah, Ayamas memang tidak pernah mengecewakan.
Hah, ini berita baik buat anda semua penggemar ayam panggang.
KARA Holding Sdn Bhd (KARA), pemilik rantaian Kedai Ayamas dan Ayamas Roaster Express kini membawakan hidangan istimewa untuk pelanggannya di seluruh negara.
Bermula hari ini, kepada para peminat yang merindui Ayam Panggang Mexico, menu itu kembali lagi.
Dengan slogan 'Rasai Keenakan Cita Rasa Ala Mexico', rasa ayam panggang ini akan dimantapkan lagi dengan perapan herba dan rempah-ratus istimewa.
Wah! Pastinya akan 'meletuskan' rasa keenakan yang best dan unggul ala Mexico. Mesti selera makan bertambah-tambah!
Pengarah Eksekutif KARA, Abd Rahman Md Dawi berkata, Ayam Panggang Mexico merupakan hidangan yang lebih istimewa dan unik untuk dinikmati oleh para pelanggan selain daripada tiga pilihan ayam panggang sedia ada iaitu Percik, Golden dan Pepper yang memang sentiasa diminati ramai rakyat Malaysia. Kami pun menyukai!
Sebagai bonus, bersempena dengan promosi Ayam Panggang Mexico ini, Kedai Ayamas turut memperkenalkan menu sampingan iaitu Nachos Cheese Bologneseyang dihidangkan dengan kenikmatan penuh sos keju, cebisan ayam dan sos bolognese yang tersalut enak.
Oh! Ya, ayam Panggang Mexico ditawarkan pada harga bermula RM29.90 sahaja bagi ala-carte untuk seekor.
Sementara Nachos Cheese Bolognese berharga RM9.90 per set hidangan. Ayam Panggang Mexico juga boleh dinikmati dengan tiga jenis kombo pilihan iaitu Soltero untuk seorang, Amigos (dua orang) dan Familia untuk seisi keluarga, dengan harga bermula daripada RM19.50.
Tawaran Ayam Panggang Mexico boleh didapati di semua cawangan Kedai Ayamas dan Ayamas Roaster Express atau melalui khidmat penghantaran untuk masa yang terhad.
Sebagai bonus, bersempena dengan promosi Ayam Panggang Mexico ini, Kedai Ayamas turut memperkenalkan menu sampingan iaitu Nachos Cheese Bologneseyang dihidangkan dengan kenikmatan penuh sos keju, cebisan ayam dan sos bolognese yang tersalut enak.
Jom cepat dapatkan sementara stok masih ada. Bukan apps dan terus pesan ya! Gerenti sedap dan puas hati!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang