Batu hempedu: Kurangkan makanan berminyak, berlemak elak masalah cirit-birit
Siri 2
Bersama
Pakar Pembedahan Bariatrik dan
Upper Gastroenterologi
Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Dr Yeap Chee Loo
SOALAN
SAYA baru sahaja selesai menjalani pembedahan secara laparoskopik membuang batu di dalam hempedu pada minggu lalu. Justeru, dari segi pemakanan boleh doktor kongsikan jenis makanan yang harus diamalkan dan dielakkan?
Ini disebabkan hasil pembacaan saya mengatakan, individu yang tiada hempedu akan kerap membuang air besar selepas menikmati makanan berminyak atau santan khususnya. Selain itu, bagaimana pula dengan aktiviti
harian? -FATIHAH ALYA, MELAKA
Artikel berkaitan: Sakit hulu hati, abdomen sebelah kanan selepas makan tanda batu karang hempedu bukan gastrik
JAWAPAN
Individu yang perlu membuang hempedu tidak mempunyai risiko penyakit lain kecuali mengalami masalah penghadaman untuk makanan berlemak dan berminyak termasuk masalah cirit dalam tempoh jangka masa pendek.
Keadaan tersebut adalah berkait rapat dengan proses penghadaman melibatkan minyak dan lemak.
Bagaimanapun, risiko pada dua masalah terbabit sangat rendah bersamaan kurang daripada 10 peratus dan tidak sukar untuk mengendalikannya.
Pesakit hanya perlu menukar corak pemakanan dengan mengurangkan makanan berminyak dan berlemak, sebaliknya mengamalkan diet sihat dan seimbang.
Secara tidak langsung, pemakanan seumpama itu membantu mencegah penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
Menyentuh mengenai soalan seterusnya, meskipun sudah menjalani pembedahan membuang hempedu secara laparoskopik, dari segi rutin harian ia tidak banyak berubah.
Pesakit digalakkan menjalani aktiviti yang aktif seperti biasa selepas sembuh daripada luka jahitan dan kembali bertenaga. Paling utama, menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak.
Sementara itu, bagi pesakit obsesiti pula, anda dinasihatkan mengambil langkah proaktif mengurangkan berat badan secara sihat.
Sumber: MEDICALNEWSTODAY.COM, MEDIUM.COM, MEDICINET.COM DAN FREEPIK
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang