Beli kopi, dapat surat & madah cinta. Konsep Kafe Kebun Puisi dapat sambutan bukan 'kaleng-kaleng'

A
A
A

Beli kopi, dapat surat & madah cinta. Konsep Kafe Kebun Puisi dapat sambutan bukan 'kaleng-kaleng'

KETIKA Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, lambakan idea kreatif ramai orang tiba-tiba mencurah keluar.

Kisah usahawan Kafe Kebun Puisi, Muhammad Aisamuddin Md Asri dan isterinya, Wan Suhaira Wan Abdullah antara yang disifatkan SinarPlus paling unik.

Tidak hanya menghantar pesanan sebekas air kopi dikenali sebagai Kopi Surat Cinta, mereka turut menyelitkan sekeping surat cinta kepada penerimanya.

Tujuannya cuma satu. Muhammad Aisamuddin dan Wan Suhaira mahu setiap individu tidak kira lelaki atau wanita berasa dihargai dan diingati oleh penghantarnya.

"Mudah cerita, jika seorang suami yang duduk berjauhan dengan isterinya memesan kopi secara online, bukan saja kopi, kami akan selitkan bersama surat yang mengandungi ayat-ayat puitis menyentuh jiwa.

kafe kebun puisi

"Bukan hanya untuk suami isteri, malah sesiapa pun boleh. Kalau kita masih ingat, masa PKP, kita tak dibenarkan keluar sewenang-wenangnya, hanya pesanan online sebagai pengganti diri. Jadi, inilah yang kami lakukan," kongsinya.

Ujar Muhammad Aisamuddin, tidak hanya bersandarkan surat, beliau amat menitik beratkan keenakan bijian kopi yang digunakan.

kafe kebun puisi

Ditanya apa rekomendasi minuman kepada mereka yang baru mahu berjinak-jinak untuk minum kopi, lelaki itu mencadangkan Kopi Surat Cinta. Ia adalah campuran kopi yang diimport dari Indonesia dan Vietnam.

 

Selain itu, ialah Kopi Santan & Mantan yang digabungkan dengan santan segar.

"Untuk menu ini, kami lakukan uji kaji yang agak lama. Alhamdulillah, ramai yang suka.

kafe kebun puisi

"Satu menu lagi ialah Kopi Hari Minggu yang diperbuat daripada gabungan santan dan ditambah kacang hijau. Minuman ini pun mempunyai peminatnya tersendiri," ujarnya.

Berbekalkan populariti Kopi Surat Cintalah telah memberi rezeki kepada Muhammad Aisamuddin membuka Kafe Kebun Puisi pada awal tahun ini.

Meskipun terletak di lokasi tersorok, namun populariti premisnya terus memanggil para pelanggan yang bertali arus bertandang pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

kafe kebun puisi

Selain kopi, destinasi yang mempunyai dekorasi memukau itu juga mempunyai signatur makanan yang lazat. Antaranya seperti Mi Kuah Curhat dan Mi Kari Ratna.

Baca juga Sambil mendobi, lepak minum kopi. Stail baharu servis 2 dalam 1 jadi tarikan kedai dobi

Muhammad Aisamuddin yang juga seorang pencinta puisi itu berkata, sajian air tangan isterinya berupa Roti Puisi dan Nasi Ayam Geprek antara yang laku keras.

kafe kebun puisi

"Uniknya mengenai Roti Puisi iaitu roti bakar, ia disalut dengan mentega dan kaya serta telur goyang.

"Seperti kopi, makanan itu turut dikepilkan bersama bait-bait puisi," kata beliau sambil memberitahu rata-rata madah yang diedarkan itu hasil catatannya sendiri dan datang daripada ilham para pelanggan.

kafe kebun puisi

Di Kafe Kebun Puisi, terdapat sebuah peti surat yang membolehkan orang ramai berkongsi karya masing-masing.

"Kalau ayat mereka kreatif, kami akan paparkan sebagai tanda penghargaan dan memberi air kopi secara percuma, katanya.

kafe kebun puisi

#jomsinggah

Kebun Puisi

Alamat: PT35845, Lorong Tepi Sungai 1, Kampung Batu Lima, Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 8 pagi hingga 6 petang

Facebook: Kafe Kebun Puisi

Instagram: @kafekebunpuisi

UNTUK mencipta rasa unik untuk minuman berasaskan kopi bukanlah mudah, silap langkah semuanya tidak menjadi dan dipinggirkan begitu sahaja.

kafe kebun puisi

Pemilik Kafe Kebun Puisi, Muhammad Aisamuddin dan isteri antara yang beruntung apabila formula kopi ilham mereka disukai ramai walau lokasi premis agak tersembunyi.

Baca juga Hirup secangkir kopi dengan panorama alam semula jadi yang indah. Ini 5 port viral ‘nature’ wajib pergi

Kami turut mencari lagi beberapa premis yang 'mengadun' kopi dengan cara sendiri. Berikut empat destinasi yang boleh disinggahi:

tingkap kopi

Tingkap Kopi

Alamat: Lot 756-D, Sungai Lokan, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang

Waktu operasi: 1 petang hingga 10 malam

Facebook: Tingkap Kopi

Instagram: @tingkap_kopi

2.Kopi Satu Satu Sembilan & Titik Santap

Kopi Satu Satu Sembilan & Titik Santap

Alamat: No 119, Jalan Sultan Idris, Taiping, Perak

Waktu operasi: 8 pagi hingga 11 malam

Facebook: 2.Kopi Satu Satu Sembilan & Titik Santap

Instagram: @kopisatusatusembilan

kopi pokok

Kopi Pokok

Alamat: Jalan Belibis 6/5, Seksyen 6, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 9 pagi hingga 12 malam

Facebook: Kopi Pokok

Instagram: @kopi.pokok

Kedai Kopi Buruk

Kedai Kopi Buruk

Alamat: Lot 2949, Jalan Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang (Jumaat tutup)

Facebook: Kedai Kopi Buruk

Instagram: @kedai_kopi_buruk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca