Beras mana yang paling sihat? Beras putih, perang, parboiled atau basmati. Ini jawapan Dr Malar

A
A
A

KECOH satu Malaysia bila mana harga beras import naik, sementara beras tempatan sudah lama tak muncul di pasaran tempatan.

Namun, pada hari ini bukan hal itu kami mahu bicarakan.

SinarPlus tertarik dengan perkongsian info Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santhi Santherasegapan.

Dr Malar telah memuat naik video menerusi laman TikTok tentang yang mana satu beras yang baik untuk kesihatan.

Beras perang, parboiled, basmati atau beras putih?

Menurutnya, beras perang, parboiled dan basmati adalah antara beras import yang lazim diambil oleh rakyat di negara ini terutamanya pesakit kencing manis dan jantung.

 

KANDUNGAN ARSENIK

Ujar beliau, beras perang mengandungi serat dan protein yang lebih tinggi.

Makanan tersebut turut mempunyai mineral penting seperti potassium, magnesium dan silika.

beras SUMBER Suzy Hazelwood daripada PEXELS.

“Beras perang memiliki kandungan karbohidrat dan kalori yang lebih rendah.

“Ia nampak macam sesuai untuk orang nak turunkan berat badan, kencing manis dan mereka yang diminta doktor untuk mengawal makan.

“Pun begitu, beras tersebut mempunyai satu keburukan iaitu mempunyai kandungan arsenik yang tinggi,” katanya.

Jelas Dr Malar, arsenik adalah mineral yang boleh mengundang kanser paru-paru dan pundi kencing.

Ia juga meningkatkan risiko kencing manis dan sakit jantung itu sendiri.

Disebabkan itu, kata beliau, bijirin tersebut memerlukan cara masak yang lebih rumit.

“Kalau nak tanak beras perang, perlu rendam dalam air sekurang-kurangnya empat jam terlebih dahulu.

“Ia bagi menghilangkan kandungan arsenik dan sihat untuk anda,” terangnya.

BERAS SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.

BAU DAN RASA BERBEZA

Dr Malar turut menjelaskan tentang beras parboiled yang telah direbus terlebih dahulu semasa proses pembuatannya.

Kaedah itu mengurangkan kandungan kanji dalam beras tersebut.

“Beras parboiled lebih rendah kandungan kalori, karbohidrat dan serat.

“Selain harganya yang sedikit mahal, makanan tersebut tidak sesuai dimakan oleh semua orang kerana ia mempunyai bau dan rasa yang sedikit berbeza,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Malar menerangkan pula berkenaan beras basmati yang terkenal dengan harganya yang mahal.

beras SUMBER Maddy Freddie daripada PEXELS.

Katanya, beras itu lebih rendah kanji atau gula dan lebih tinggi kandungan serat.

Bagaimana pula dengan beras putih yang biasa diambil oleh rakyat Malaysia?

Katanya, hidangan nasi daripada beras putih mempunyai karbohidrat yang lebih tinggi dan rendah kandungan mineral berbanding beras perang.

“Beras putih juga mempunyai serat yang lebih rendah berbanding basmati, perang atau parboiled.

“Kebaikannya, ia harga mampu milik, murah dan sesuai dimakan oleh semua orang,” tambahnya.

PILIHAN BERAS TERBAIK

Dr Malar kemudiannya menjelaskan pula nasi paling sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis atau jantung dan mereka yang mahu mengurangkan berat badan.

“Ini jawapan saya, nasi yang paling sihat adalah nasi yang paling sesuai dengan porsi pada pinggan anda sendiri.

“Tidak kisah makan nasi daripada beras perang, basmati, parboiled atau putih, pastikan anda mengambil amaun yang sesuai dengan keperluan harian,” tutur doktor berkenaan.

BERAS SUMBER Cats Coming daripada PEXELS.

Pemilihan beras perang tidak boleh dijadikan alasan untuk seseorang makan sehingga dua pinggan nasi.

“Anda boleh makan beras putih cuma kawal porsi untuk kawal kalori, gula, serat dan indeks glisemik.

“Kalau dah tahu makan nasi putih yang mempunyai serat yang lebih rendah berbanding beras lain, maka makanlah lebih sayur,” katanya.

Baca juga: Harga beras naik mendadak? Ini yang perlu anda tahu

Baca juga: Tip mudah pekatkan kuah masakan dengan hanya gunakan beras, rasa pun padu. Ibu kena cuba

Secara kesimpulannya, Dr Malar berkata, semua beras mempunyai kebaikan dan keburukan yang lebih kurang sama sahaja.

Apa yang lebih penting adalah jumlah dan cara makanan itu diambil.

Jadi, buat pilihan yang terbaik, ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca