Bersantai di rumah atas pokok, Desa Tunas Hijau tawar penginapan premium buat ramai puas hati
DI AMERIKA Syarikat dan United Kingdom konsep rumah pokok memang tidak asing lagi.
Di beberapa lokasi tertentu, binaan tersebut ada yang ditransformasikan menjadi sebuah hotel mewah dan eksklusif.
Disebabkan kedudukannya terletak di tengah hutan dan dikelilingi dengan pepohon yang merimbun, konsep berkenaan mendapat sambutan hangat terutama dalam kalangan pencinta alam.
Melihat idea tersebut boleh diterjemahkan di Malaysia, Datuk Seri Mohd Alias Abd Rahman mengambil langkah berani dengan mengasaskan Desa Tunas Hijau Recreation Village yang terletak di Kampung Sungai Miri, Labuan, Sabah.
Ujar Mohd Alias, beliau mendirikan rumah pokok bertaraf premium di tanah miliknya seluas 2.8 hektar.
“Pada asalnya, aset yang saya beli ini dirancang untuk dibangunkan sebagai projek perumahan, namun seperti tidak sesuai. Jadi, saya cuba cantikkan landskap dengan membina tasik dan tempat kediaman termasuk rumah pokok yang banyak dilakukan di negara Barat.
“Kemudian, secara berperingkat, saya wujudkan Desaland yang mana beberapa aktiviti rekreasi dan santai bersama keluarga boleh dilakukan. Desaland kini telah pun menjadi salah satu eko pelancongan yang terkenal di Sabah,” katanya.
Setakat ini, kata Mohd Alias, sebanyak dua unit rumah yang elegan telah dibina di atas pokok ru berusia lebih 50 tahun.
Jangan khuatir, kata Mohd Alias. Pihaknya memilih pohon yang sudah matang dan kuat sebagai penyandar kepada kamar yang lengkap dengan kelengkapan seperti katil, kipas, pendingin hawa mudah alih dan tandas.
“Saya tidak mahu merosakkan pokok asal dan reka bentuk rumah berasaskan kayu ini juga diperoleh daripada sumber tempatan. Memang selesa dan nyaman kalau bermalam di sini,” katanya yang turut menyediakan kemudahan dewan untuk majlis keramaian.
Percutian orang ramai pastinya tidak membosankan kerana pelbagai aktiviti menarik boleh dicuba di sana. Antaranya seperti menunggang ATV, memancing, berkayak, bot kayuh dan menaiki trampolin gergasi.
Kejutan buat si cilik, mereka boleh menyaksikan bukan satu, tetapi 10 robot dinosaur, king kong dan haiwan safari berkeliaran di kawasan rekreasi. Menarik, bukan?
Ekoran permintaan yang cukup menggalakkan, anak jati Labuan itu dalam proses menyiapkan lima lagi unit kediaman yang lengkap dengan laluan berkanopi yang menghubungkan antara rumah pokok sedia ada.
Baca jug Bercuti dalam rumah cendawan, dunia dasar laut. Ini rupanya tarikan di Melaka yang ramai tak tahu
Bagi mereka yang tidak dapat menginap di rumah tersebut, Mohd Alias turut menyediakan opsyen lain di tapak sama.
Jika chalet bukan jadi pilihan, orang ramai boleh mencuba menginap di kabin log, rumah kampung, pinecabin dan tapak perkhemahan ala dormglamping.
Desa Tunas Hijau Recreation Village (Desaland)
Alamat: Jalan Sungai Pagar, Kampung Sungai Miri, Labuan, Sabah
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
Harga: Bermula RM150 hingga RM320
Facebook: DESA TUNAS HIJAU
Laman web: www.desaland.com.my
#rekreasipilihan
BERMALAM di atas pokok dengan fasiliti lengkap mungkin sesuatu yang tidak biasa dilakukan oleh rakyat Malaysia.
Namun, berdasarkan cakap-cakap mereka yang pernah bercuti di lokasi seumpama itu, pengalaman yang diraih cukup berharga.
Di Malaysia, SinarPlus berjaya 'menyelongkar' beberapa lokasi yang mengimplemenkan konsep berkenaan. Antaranya seperti:
Rainforest Tree House
Alamat: 25, Jalan Air Terjun, Kampung Sri Gunung Pulai, Kulai, Johor
Waktu operasi: Bermula 9 pagi
Harga: Bermula RM308 hingga RM924
Facebook: Rainforest Tree House
Instagram: @rainforest.treehouse.johor
Tabin Wildlife Resort
Alamat: Lot 11-1, 1st Floor, Damai Point, Jalan Damai, Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: 12 tengah hari (daftar masuk)
Harga: Bergantung kepada pakej
Facebook: Tabin Wildlife Resort (Borneo)
Laman web: www.tabinwildlife.com.my
Terra Tree House
Alamat: Brinchang, Cameron Highlands, Pahang
Waktu operasi: 2.30 petang (daftar masuk)
Harga: Bermula RM330 hingga RM1,380
Facebook: Terra's Tree House - Terra Forest Farm
The Roots Eco Resort
Alamat: Batu 10 1/2, Jalan Chemor, Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak
Waktu operasi: 9 pagi hingga 7 malam
Harga: Bermula RM350
Facebook: The Roots Eco Resort Ipoh
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang