Cantik berseri seperti selebriti Korea
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
JENAMA kecantikan Korea terkemuka, Mamonde menghangatkan dunia kecantikan apabila memperkenalkan inovasi baharu jenama itu.
Kali ini, Mamonde memperkenalkan set mekap yang dibangunkan untuk semua wanita di dunia. Berikut adalah perinciannya:
Mamonde All Stay Foundation Glow
- Bedak asas ini menggunakan teknologi High-Refractive Oil Complex yang menjadikan kulit kelihatan berseri dan cerah. Kulit si pemakai juga akan sentiasa lembap dan terhidrat sepanjang hari. Dengan SPF 50 dan PA ++++, kulit juga akan terlindung daripada sinaran UV yang berbahaya.
Flower Pop Blusher
- -Mengandungi ekstrak Wild Rose dan Vitati Rose. Ia akan membuatkan kulit kelihatan lebih sihat dengan cahaya semula jadi. Serbuk permukaan halus pada pemerah pipi akan membuatkan olesan 'menyatu' dan rata tanpa sebarang kesan.
Creamy Tint Color Balm Glide
- Ia mengandungi minyak yang berfungsi sebagai lapisan gloss yang tahan lama dan pada masa menjadikan bibir sentiasa lembap dan sentiasa berasa selesa.
Mamonde All Stay Foundation Glow dan Flower Pop Blusher hadir dalam tiga warna masing-masing, iaitu 21N Ivory, 23C Rose Sand, 23N Sand untuk asas dan 1 Pinky Promise, 2 Rosebuds, 4 Delicious Love for the blusher.
Bagaimanapun, Creamy Tint Color Balm Glide pula mempunyai empat warna bunga iaitu 01 So Hip Pink, 04 Mellow Red, 08 Blooming Pop dan 09 Fresh POP.
Kesemua produk tersedia untuk dibeli di semua kedai Watsons utama di seluruh negara dan melalui dalam talian Shopee, Lazada dan Zalora.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang