Cara buang whitehead & blackhead guna 2 bahan mudah
WHITEHEAD dan blackhead adalah salah satu musuh utama wanita selain jerawat. Lagi-lagi kalau nak bermekap mesti kelihatan tidak cantik kerana kulit muka rasa tak licin je. Yelah siapa tak mahu wajah licin dan ‘flawless’ kan?
Kedua-dua ‘makhluk’ ini memang selalu menyerang wajah, terutamanya bahagian zon T – iaitu di bahagian atas kening, hidung sehingga pipi.
Zon ini merupakan kawasan paling berminyak pada muka. Jadi SinarPlus nak kongsikan salah satu cara yang berkesan dan menjimatkan untuk anda membuang whitehead dan blackhead tanpa perlu membeli di luar.
Jom kita tengok perkongsian ini.
Bahan-bahan:
Sebiji telur (diambil putihnya)
3 keping kapas muka
Cara-cara
1. Mula-mula, asingkan telur putih daripada kuningnya. Kita akan gunakan yang bahagian putih sahaja tau kemudian ambil kapas muka tadi dan rendamkan ke dalam telur putih yang telah diasingkan.
2. Rendam sampai kapas dah larut dengan semua putih telur tadi.Sementara itu, wapkan muka dengan air suam. Langkah ini penting untuk buka pori supaya lebih terangkat.
3. Kemudian, tampalkan kapas bertelur di sekitar zon T dan tunggu sehingga 1 jam atau hingga kapas mengering.
4. Segala whitehead dan blackhead akan terangkat apabila kapas dah mula mengering dan ditarik keluar. Kulit muka pun akan terasa lebih licin dan segar.
5. Cuba buat dengan konsisten seminggu dua kali dan tengok hasilnya nanti.
Mudah sangat, bahan-bahan yang diperlukan pun memang dah ada je dekat rumah jadi selamat mencuba!
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif
Sumber: Fb yaniesrosdi, Canva, Internet
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang