Gara-gara tindik bibir, gadis 20 tahun maut selepas 24 hari bertarung nyawa. Ini kisahnya

A
A
A

GARA-GARA tindik bibir, seorang wanita dilaporkan maut selepas mengalami jangkitan otak.

Memetik laporan daripada Daily Star, Andressa Souza, 20, sebelum itu dilaporkan bertarung nyawa selama 24 hari selepas ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital yang terletak di selatan Brazil.

Namun, pengakhiran kisahnya sangat menyedihkan kerana gadis tersebut meninggal dunia.

Menurut ibu kepada Andressa, Maria Aparecida da Silva, anaknya menindik bibir bawahnya dengan bayaran sekitar RM47.50.

Baca ni: Tindik hidung haram? Ini penjelasan pendakwah...

ALAMI SAKIT KEPALA DAN DEMAM TERUK

Dua bulan kemudian, bahagian yang ditindik mula mengalami radang dan membengkak. Andressa juga dilaporkan mengalami sakit kepala dan demam yang teruk.

"Pada 13 Jun lalu, saya membawa Andressa ke hospital kerana dia tidak sihat. Waktu itu dia mengalami sakit kepala dan demam yang teruk.

Kami sangkakan itu adalah disebabkan demam denggi memandangkan terdapat wabak berkenaan di kawasan kami," ujar Maria lagi seperti yang dilaporkan Diario do Nordeste.

Sumber gambar: the sun

Disebabkan kesihatan semakin merosot, gadis itu kemudiannya ditempatkan di wad ICU kerana situasi kesihatannya yang semakin merosot.

Lebih mengejutkan, doktor yang merawat Andressa memaklumkan bahawa jangkitan tersebut telah memasuki saluran darah melalui aksesori tindikan hingga merosakkan 37 peratus otaknya.

DIINTUBASI SEBELUM MENINGGAL DUNIA

Berikutan itu, doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan. Seperti yang dilaporkan, Andressa turut diintubasi sebelum beliau disahkan meninggal dunia pada 9 Julai yang lalu.

Menurut doktor lagi, jika terselamat sekalipun, Andressa berkemungkinan tidak sedarkan diri dan tidak mampu hidup normal seperti sebelum ini akibat kegagalan fungsi otak.

Baca lagi: “Dia wanita hebat, cantik dan menakjubkan.” Ivana Trump meninggal dunia pada usia 73 tahun

Memang 'seram' baca kisah ini. Semoga kisah ini jadi pengajaran kepada semua terutama kepada anak muda yang dilihat semakin galak tindik pada bahagian tubuh yang memiliki pelbagai saraf.

Kalau nak tindik sekali pun kena cari pakar yang bertauliah. Jangan memikirkan soal murah sahaja, tapi akhirnya mengundang maut!

Sumber: Daily Star

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca