"Petua guna garam dan lada hitam, buang toksik dalam badan" - Ahmad Fitri Yahya
TOKSIK ditakrifkan sebagai bahan yang menyebabkan kesan berbahaya kepada tubuh.
Badan berasa sakit apabila tahap toksik menjadi terlalu tinggi.
Toksik berasal dari sumber alam sekitar, amalan gaya hidup yang tidak sihat, toksin dalaman yang dicipta oleh tubuh dan juga emosi anda.
Pelbagai cara untuk menghilangkan toksik ini, salah satunya menggunakan kaedah tradisional.
Dalam satu perkongsian oleh personaliti Tv, Ahmad Fitri Yahya mengatakan cara terbaik buang toksik dilakukan secara tradisional menggunakan dua bahan dan dilakukan waktu malam sebelum tidur.
Hanya menggunakan bahan yang ada di dapur iaitu garam kasar dan lada hitam, tidak perlukan campuran air.
Campuran dua bahan itu dimasukkan dalam bekas yang sesuai kemudian pijak selama 5-15 minit.
Diingatkan juga untuk mencuci kaki terlebih dahulu sebelum masuk tidur.
Campuran bahan tersebut juga tidak perlu dibuang kerana ia boleh diulang pakai untuk beberapa kali rawatan.
Artikel berkaitan: Hatta guna kain perca hasilkan koleksi topi, pouch bag
Katanya, ia baik untuk membuang toksik dalam badan dan bagus untuk yang alami strok dan sebagainya.
"2kg garam kasar dicampur dengan 100g lada hitam. Tak perlu letak air atau apa-apa yang lain. Masuk dalam bekas yang sesuai dan pijak-pijak selama kira-kira 5-15 minit. Cuci kaki dan tidur... Garam tu jangan buang lagi. Boleh guna beberapa kali," katanya.
Jadi sesiapa yang ingin membuang toksik dalam badan boleh cuba kaedah tradisional ini. Ianya mudah, jimat dan selamat. Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang