Hatta guna kain perca hasilkan koleksi topi, pouch bag

A
A
A

ISU lambakan sisa tekstil di tapak pelupusan sampah yang mencatatkan sebanyak 195,300 tan setahun telah menyuntik idea terhadap pereka fesyen, Hatta Dolmat.

Dalam usaha mengurangkan jumlah sisa fabrik di tapak pelupusan terbabit anak kelahiran Melaka tersebut mengambil inisiatif menghasilkan koleksi busana berasaskan kain perca untuk kelestarian alam sekitar.

Hatta yang mula berjinak-jinak dengan fesyen lestari sejak tahun 2015 memberitahu, menerusi projek tanggungjawab sosial itu beliau telah menghasilkan hampir 200 topi bucket daripada kain lebihan baju kurung, selain beg pouch menggunakan fabrik koleksi baju Beetle.

hatta dolmatKREATIF. Hatta menggunakan kain lebihan daripada koleksi Beetle untuk dihasilkan beg pouch. 

Beliau mempraktikkan kaedah upcycle yang menggunakan barangan terpakai tanpa sebarang proses kimia, sekali gus mengurangkan pengeluaran karbon atau bentuk pencemaran.

"Mula-mula sebab rasa sayang perca kain daripada satu koleksi yang materialnya saya lukis sendiri. Jadi saya mula berfikir daripada buang ke tapak pelupusan sampah, lebih baik perca kain ini dijadikan produk lain.

"Lagipun saya juga terfikir impak lebihan kain perca dan sisa tekstil yang memakan masa sehingga 200 tahun untuk diuraikan di tapak pelupusan sampah.

"Secara tidak langsung tindakan sedemikian boleh mencemarkan alam sekitar," katanya yang berpengalaman 15 tahun dalam industri fesyen.

hatta dolmatBAGI mengurangkan jumlah sisa fabrik di tapak pelupusan sampah pereka kelahiran Melaka itu menghasilkan topi (kanan) berasaskan kain perca baju kurung (kiri) rekaannya.

Cerita lanjut, Hatta turut memaklumkan bahawa golongan pereka fesyen kini bukan sahaja bertanggungjawab mencipta busana indah, namun perlu beretika dan prihatin pada setiap penghasilan pakaian untuk jangka masa panjang.

Sumber: Bernama dan @hattadolmatofficial

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca