Hidang lebih 100 menu, Melor Garden Wedding perkenal iftar konsep Madani pada harga rahmah
TAMPIL dengan konsep Madani, Melor Garden Wedding membawakan bufet Ramadan pada harga 'rahmah' yang boleh memberikan kegembiraan buat semua.
Menghidangkan lebih 100 menu tradisional Melayu, orang ramai hanya perlu membayar RM69 untuk dewasa, manakala RM30 untuk warga emas dan kanak-kanak.
Pemilik Melor Garden Wedding, Khairulah Ahmad berkata, menu istimewa seperti nasi beriani dan kambing golek antara yang dicadangkan sebagai pembuka selera.
“Nasi beriani kami merupakan resipi asli dari Batu Pahat, Johor, sementara kambing golek pula resipi keluarga sejak zaman berzaman.
“Pada masa sama, jangan lepaskan peluang untuk merasai sajian autentik Thailand, tiga jenis gulai kawah, pasta dan Canairista Roti Canai, selain kopi yang disediakan barista berpengalaman,” katanya.
Gerai masakan secara langsung seperti lempeng manis dan nasi lemak ayam berempah juga akan membuatkan orang ramai duduk lebih lama di sana.
Iftar Madani Melor Garden Catering
Alamat: Lot 676, Jalan Datuk Nakhie, Off Jalan Abim, Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor
Tarikh: 24 Mac hingga 20 April 2023
Menu signatur: Nasi beriani, kambing golek, gulai kawah dan Canairista Roti Canai
Harga: RM69 (dewasa) dan RM30 (warga emas/kanak-kanak 5 -12 tahun)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang