Ikan bilis kentang berlada 'lejen', menyelerakan!

A
A
A

BUNTU memasak lauk apa hari ini? Apa kata cuba masakan mudah, namun boleh membuatkan korang bertambah nasi.

Jangan tidak percaya, sambal kentang ikan bilis ini memang antara menu kesukaan seisi keluarga walaupun pelbagai lagi lauk lain terhidang.

Mana tidaknya, ia sejenis lauk 'lejen' namun sangat menyelerakan.

Gabungan rasa kentang dan bilis yang digaul dengan cili boleh membuatkan korang rasa puas menikmatinya dengan nasi atau bersama roti.

Bahan-bahan yang digunakan juga hanya sedikit serta cara masakannya sangat mudah!

Bahan-bahan;

  • Kentang
  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Belacan

Ikan bilis kentang berlada 'lejen', menyelerakan!

Cara-cara membuatnya;

1. Potong nipis kentang dan goreng.

2. Goreng ikan bilis.

3. Tumbuk cili padi, bawang merah, putih dan belacan

4. Tumis hingga garing. Masukkan garam dan gula.

5. Masukkan kentang dan ikan bilis. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Cuba juga Kari ikan sardin sedap, resipi ini tak rasa muak

Ikan bilis kentang berlada 'lejen', menyelerakan!

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat!

Sumber: Nabillah Zuillkipli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca