Ikan keli masak lemak kencur mudah, mengiurkan

Ikan keli masak lemak kencur mudah, mengiurkan
Ikan keli masak lemak kencur mudah, mengiurkan
A
A
A

JIKA korang suka masakan bersantan, patut cuba resipi ikan keli masak lemak kencur ini.

Apabila dengar sahaja kencur, pastinya ia menu popular masyarakat Jawa.

Hidangan yang lazat itu mudah untuk disediakan namun ikan yang digunakan perlu dibakar terlebih dahulu.

Selepas itu, ikan keli yang dibakar akan dimasukkan ke dalam santan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bagi yang diet, awas ya... juadah ikan keli masak lemak kencur ini memang membuatkan makan nasi bertambah.

Aromanya sangat wangi pasti memikat sesiapa sahaja.

Bahan-bahan;

  • 4 ekor ikan keli dicuci bersih menggunakan asam Jawa dan dikelar serta dibakar
  • Segenggam biji kencur dibasuh bersih dan ditumbuk, ketepikan
  • Daun Kencur dicuci dan dihiris halus
  • Asam Jawa(untuk buang lendir ikan)
  • Santan cair
  • Santan pekat
  • Garam secukupnya
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serbuk perasa
  • Kunyit

ikan keli

Bahan di bawah perlu ditumbuk;

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili (atau guna cili api anggaran 20 biji)
  • Buah kencur

Cara-caranya;

1. Masukkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan didihkan bersama santan cair.

2. Masukkan garam secukup rasa.

Cuba juga Ikan Selar masak rendang Padang mudah, menyelerakan!

3. Masukkan ikan yang telah dibakar, masukkan santan pekat dan tabur hirisan daun cekur.

4. Didihkan santan hingga masak. Hidangkan.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat!

Sumber: Nor Baitie

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca