Ikan Tenggiri masak asam versi kampung, pembuka selera!

A
A
A

KORANG pernah makan masakan asam? Tak kisahlah ikan, ayam atau apa sahaja.

Bila teringat pasti terasa kecur air liur kerana masakan berkuah asam begini sangat membuka selera.

Resipi ikan Tenggiri masak asam ini juga merupakan antara resepi lauk simple yang wajib dicuba. Mudah dan cepat untuk disediakan.

Walaupun dimasak dengan cara yang sangat ringkas tapi rasanya cukup lazat.

Resipi kampung ini juga sesuai untuk orang yang hilang selera makan kerana rasanya yang masam, manis dan pedas pastinya melengkapkan selera.

Makan dengan nasi panas-panas. Aduhai, sedapnya. Bertambah-tambah!

Bahan-bahan;

  • Bawang merah dan putih (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Serai (dititik)
  • Ikan tenggiri (digoreng)
  • Cili api *optional
  • Bawang besar (dipotong bulat)
  • Air perahan asam jawa

Ikan Tenggiri masak asam versi kampung, pembuka selera! Masak asam versi Terengganu.

Cara-cara membuatnya;

1. Tumis bawang putih dan merah, halia serta serai sehingga garing kekuningan. Gunakan minyak bekas gorengan ikan tadi.

2. Masukkan air perahan asam jawa.

3. Boleh dimasukkan sedikit sos tiram, jika mahu.

4. Renihkan semuanya dengan sedikit gula dan garam.

5. Masukkan cili api untuk sedikit rasa pedas, jika mahu. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.

Cuba juga Tempe goreng daun kari mudah, anak-anak gerenti suka

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Sumber: Syed Mohd Nazli Jamalullail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca