Jangan 'derhaka' pada resipi, mi sup daging pasti digemari

mi sup daging
mi sup daging
A
A
A

KADANG-kadang rasa jemu juga asyik berbuka dengan nasi. Rasa macam nak cuba berbuka bersama juadah yang boleh hirup panas. 

Pasti sedap jika hari ini berbuka dengan mi sup daging dan sambal kicap. Pergh… membayangkan menghirup sup daging memang bikin terliur. 

Bagaimanapun, kalau nak masak mi sup daging, seelok-eloknya daging itu direbus awal supaya tidaklah membuang masa menunggu. 

Bagi yang ingin mencuba memasak mi sup daging, boleh menggunakan resipi Nurha Muhammad yang dikongsi di dalam entri beliau di laman Facebook. 

Baca juga: Selalunya Hijau Kali Ini Biru, Tepung Pelita Bunga Telang Sungguh Menggiurkan

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan: 

Bahan-bahan

  • 500g daging dan tulang
  • 3 hiris halia
  • 1 labu bawang puting (potong dua termasuk kulit)
  • 3 batang daun bawang (bahagian putih sahaja)
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 2-3 helai daun salam kering
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • ½ sudu besar biji lada hitam
  • 1 kiub daging
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Mi kering
  • Sawi
  • Daun ketumbar
  • Cili merah
  • Limau nipis

Baca juga: Paru Goreng Berlado Memang Terangkat Habis

Cara penyediaan 

1. Cuci daging sehingga bersih kemudian rebus daging sehingga menggelegak selama 15 minit dan buang air rebusan. 

2. Rebus kembali daging untuk kali kedua dan masukkan kicap cair, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, kiub daging, batang daun bawang, daun salam dan lada hitam. 

3. Rebus daging selama satu hingga dua jam. 

4. Setelah daging empuk, keluarkan daging dan bahan-bahan yang dimasukkan tadi, pastikan hanya sup kosong sahaja. 

5. Setelah segala bahan dikeluarkan, perasakan sup dengan sos ikan, garam dan gula.

Baca juga: Puding Mangga jadi rebutan bulan Ramadan, kombinasi 3 lapisan mengasyikkan

6. Cuci mi sehingga hilang bau kapur kemudian, celur sebentar dan toskan. 

7. Seterusnya, hiris halus daging. 

8. Masukkan mi ke dalam mangkuk bersama sawi dan daging. 

9. Tuangkan sup ke dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar, cili merah dan limau nipis. Siap! Sedia untuk dihidangkan. 

Walaupun banyak langkah untuk menyediakan mi sup daging tapi hasilnya amat memuaskan hati. 

Pasti menjadi mi sup daging ini, asalkan tidak ‘derhaka’ terhadap resipi yang diberikan. 

Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Roti Jala Lembut Tak Mudah Basi, Hanya Guna Sukatan Cawan

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca