Kek pisang coklat sedap di rumah terbuka, mudah disediakan hanya 6 langkah
WALAUPUN bukan satu kewajiban tetapi rumah terbuka seolah-olah menjadi satu acara wajib bagi sesetengah individu.
Bagi mereka, rasa tidak lengkap Syawal sekiranya rumah terbuka tidak dilakukan.
Pasti di dalam fikiran sudah ada menu juadah yang ingin dihidangkan kepada para tamu namun, adalah tidak lengkap hanya menghidangkan juadah utama tanpa adanya pemanis mulut.
Pada kali ini, SinarPlus ingin berkongsikan satu resipi pemanis mulut yang sesuai dihidangkan kepada tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka nanti iaitu kek pisang coklat.
Pergh… dengar saja kek pisang rasa sungguh terliur!
Terima kasih kepada pengguna Facebook, Fatimah Saari kerana berkongsikan resipi kek ini di dalam entri beliau.
Berikut bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya:
Bahan-bahan
Baca juga: Nampak sama tapi bukan dia, wajib cuba resipi Biskut Choc Chip ala Famous Amos
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- ½ cawan minyak jagung
- 2 biji telur grad A
- 1 sudu kecil esen vanila
- ½ cawan gula icing/gula perang
- 4 biji pisang berangan (dilenyekkan)
- Coklat coin Beryl’s
- Pisang sebagai hiasan
- Loyang 8x8 (jika ada)
Cara penyediaan
- Buang kulit pisang kemudian, lenyekkan sehingga pisang menjadi lumat.
- Masukkan gula, minyak, telur, esen vanila, serbuk soda bikarbonat dan serbuk penaik kemudian, kacau sehingga adunan menjadi sebati.
- Seterusnya, masukkan tepung gandung ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan coklat coin Beryl’s dan kacau sebentar.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan susun pisang yang telah dipotong ke atas adunan.
- Bakar adunan menggunakan ketuhar selama 35 minit dengan suhu 160 darjah celcius.
Setelah ia masak, siap untuk dihidangkan!
Haa… mudahkan resipi kek pisang coklat ini?
Selamat mencuba!
Baca juga: Mudahnya buat biskut sarang semut, hanya 8 langkah
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang